Friday, July 31, 2009

Pengenalan kepada masakan Jepun

Cuma nak kongsi sikit dengan pembaca blog ini, buku Pengenalan Kepada Masakan Jepun yang ditulis oleh Chef Ali dahpun diterbitkan pada awal bulan Julai 2009 olih UPENA (Unit Penerbiraqn Universiti - UiTM). Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya dari UPENA. Sekit tentang buku ini- buku ini ditulis untuk memberikan sedikit penerangan tentang masakan Jepun dari segi sejarah dan budayanya dengan resipi-resipi untuk dicuba. pendekatan buku ini adalah memberikan alternatif mengenai cara dan bahan yang digunakan. Bagi bahan yang tidak halal untuk orang Islam ditukarkan kepada bahan-bahan yang halal, sementara bagi bahan yang sukar didapati di Malaysia digantikan dengan bahan-bahan tempatan - berbagai-bagai tips disertakan bagi mempelbagaikan resipi-resipi asas yang diberikan. Selamat membaca

No comments:

Post a Comment