Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Monday, March 31, 2008

Cupcake oh Cupcake


Sebenarnya tak pernah berminat ngan cupcake. Tapi entah nape tetiba datang idea nak buat cupcake masa birthday udin baru ni. Konon nak ngiburkan anakanda ku yang sedih baru kehilangan bibik.Kira-kira ni my first cupcake yang siap pakai baju (berhias). Tapi tak sangka rupa-rupanya jadi first attraction pada bebudak. Selesai jer hubby aminkan doa ini yang diterkam dulu...wow. Nasib baiklah ada sikit di dapur yang sempat diambil gambar. Bila tengok spider web udin pun nanye, ngape muka spiderman warna pink. So umi dia pun jawab sebab spiderman ni dah terlebih makan sotong. Nampaknya kenalah mula berjinak-jinak danberminat ngan cupcake.

Blueberry Cheese Tart




















Semasa menghadiri mesyuarat kesatuan baru-baru ni teringat pulak nak bawak buah tangan untuk kekawan. So selepas ditelek stok yang ada di dapur maka inilah yang terhasil. Tak sangka rupanya buah tanganku ini menjadi penyelamat kerana hidangan breakfast yang disediakan untuk meeting tak berapa lengkap sebab tiada kuih. Selain tu sempat jugak buatkan talam keladi buat kekawan. In the end tercapailah cita kawan-kawan especially setiausaha kehormat nak merasa kuih hasil tangan member kesayangannya nih...kih.kih.kih

Kelas Masakan Barat - Asas






















Ini merupakan salah satu resipi yang diajar dalam kelas masakan barat bagi sesi pertama tahun 2008 kelas Aliza House of Cooking anjuran bersama Kolej Komuniti. Terpinga-pinga peserta apabila dibawa berkenalan dengan beberapa cooking terms yang begitu sinonim dalam masakan barat seperti 'roux', 'bouquet garni', 'mirepoix ', 'misen place' dan lain-lain lagi.

Bahagian yang paling menyeronokkan apabila peserta begitu bersemangat dan berminat semasa demonstrasi memotong kepingan isi ayam dengan mengeluarkan tulang ayam untuk dibuat chicken chop. Selain itu peserta juga diajar cara memotong bahagian kepak ayam dan dibentukkan menjadikan chicken boxing.