Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Showing posts with label sugarpaste. Show all posts
Showing posts with label sugarpaste. Show all posts

Sunday, June 29, 2008

CUPSCAKES

Friday baru ni siapkan tempahan cupcakes untuk majlis pertunangan di Negeri Sembilan. Balik kerja ptg friday terus bergegas siapkan cupcakes dan malam sesi dekor.







Lepas tu saja gatal tangan main-main dengan sugar paste. Bukan apa terlanjur dah ada baki cupcakes saja jer melepaskan geram.




















Memenafaatkan lebihan bunga untuk membentuk dekor yang berbeza































Yellow sugar rose dengan perisa lemon.



















Tuesday, June 10, 2008

Sugar Paste / Fondant

Sebenarnya terdapat berbagai version resipi sugar paste. Berikut adalah salah satu resipi yang boleh diikuti :

Sugar Paste / Roll Fondant ( Wilton)

1 cams + 2 camt gelatine tanpa perisa
1/4 caw. air
1/2 caw. glukos
2 cams lemak sayuran
1 cams gliserin
8 caw. gula aising (diayak beberapa kali)

Cara :
1. Campur gelatine dengan air sehingga kembang dan pekat.

2. Panaskan gelatin secara double boiler hingga cair. Tambahkan glukos.

3. Masukkan lemak sayuran dan angkat sebelum lemak sayuran cair sepenuhnya.

4. Tambahkan gliserin, biarkan bancuhan suam.

5. Letak 4 cawan gula aising atas landas marble dan buat lubang di bahagian tengah.

6. Tuang bancuhan gelatine ke bahagian tengah lubang dan mula menggaul, seelok-eloknya
dengan menggunakan pastry cutter yang lebar supaya mudah bergaul sebati. Diperingkat ini
elak menggunakan tangan kerana adunan terlalu melekit dan akan menyulitkan kerja
mengadun.

7. Tambah baki gula aising sedikit-sedikit sehingga mendapat konsistensi doh gula yang diingini.
Apabila doh semakin kental dan tidak melekit mula menguli dengan tangan sehingga doh
sebati dan halus.

8. Jika akan digunakan serta-merta, boleh terus diletak perisa dan diwarnakan dengan pewarna
makanan.

9. Jika belum mahu digunakan, bungkus dalam plastik dan simpan dalam bekas kedap udara
pada suhu bilik.

10. Adunan sugar paste tidak sesuai disimpan di dalam chiller kerana ia akan merosakkan tektur
doh tersebut kerana doh akan cair.

11.Doh gula ini boleh tahan sehingga 3 bulan atau lebih.
Selain itu terdapat sugar paste/ roll fondant jenis premix atau ready-to-use dijual di pusat bekalan confectionary atau bakery. Produk jenis ini lebih memudahkan kerja dan menjamin hasil
yang elok berbanding homemade sugarpaste yang kadang-kadang memberi hasil yang kurang cantik dari segi tekstur jika tidak memahami teknik penyediaan yang betul. Selain itu harganya pun taklah mahal sangat.

Contoh ready-to-use dan premix fondant :

( RM 26.50 - Bagus)

Pre-mix, dalam bentuk powder, dibancuh dengan mengikut
arahan bancuhan pada packaging



( RM 14.00 - 16.00 )
Ready-to-use, buka packing dan boleh terus digunakan.

Frankly speaking bagi k.liza yang bekerja dan masa amat terhad, kaedah jenis inilah (shortcut)yang menjadi pilihan utama. Mudah dan dapur pun tak berkecah.

Diharap update terbaru ini telah menjawab soalan Wani.

Friday, June 6, 2008

MEMBUAT DAUN DARI SUGAR PASTE

Ini merupakan kaedah mudah untuk membentuk corak daun dengan menggunakan sugar paste. Kaedah ini amat sesuai bagi mereka yang kurang kemahiran dalam membentuk daun secara lakaran bebas (free hand). Untuk mereka yang kurang kemahiran seni atau keras tangan tak perlu risau kerana anda masih boleh menjinakkan diri dengan sugarpaste art & craft.
Canai sugar paste nipis dan dengan menggunakan acuan bentuk daun, terapkan kepingan daun.
Susun kepingan daun ke dalam acuan corak daun dan tekan perlahan-lahan untuk mendapatkan corak ira/urat daun. (Acuan yang digunakan dalam gambar adalah chocolate mould bercorak daun)
Susun daun yang siap diterap ke dalam bekas dan keringkan pada suhu bilik selama beberapa hari.
Inilah corak daun yang terhasil......selamat mencuba




Sunday, May 4, 2008

SUGAR PASTE


Sebenarnya tak pernah mendapat latihan or tunjuk ajar khusus dalam skill sugar paste, fondant dan icing; banyak mempelajari melalui pembacaan dan merujuk pada hubby. Tapi hasil dari percubaan demi percubaan dapat jugalah melihat hasilnya walau tak seberapa taklah teruk sangat, kata orang taklah menyakitkan mata. Beginilah rupanya my first sugar paste flower yang dihasilkan. Masa kecil-kecil dulu ibu pernah buat bunga ros dari royal icing dan antara hasil tangan istimewanya untuk kek-kek hantaran sepupuku. tapi masa tu tak angkat pot, tak ambil peduli... sekarang nyesal.

































Kata orang 'practice makes perfect' insyaallah semuanya perlu rajin dan sabar barulah menampakkan hasil. Sebenarnya taklah susah sangat tapi kena tahu cara dan teknik yang betul. Selain tu dengan adanya kelengkapan peralatan untuk sugar paste lebih membantu. Masa agak kurang sesuai tunggulah nanti bibik balik semula......boleh tumpu lebih masa pada sugar paste project.