Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Tuesday, June 10, 2008

Sugar Paste / Fondant

Sebenarnya terdapat berbagai version resipi sugar paste. Berikut adalah salah satu resipi yang boleh diikuti :

Sugar Paste / Roll Fondant ( Wilton)

1 cams + 2 camt gelatine tanpa perisa
1/4 caw. air
1/2 caw. glukos
2 cams lemak sayuran
1 cams gliserin
8 caw. gula aising (diayak beberapa kali)

Cara :
1. Campur gelatine dengan air sehingga kembang dan pekat.

2. Panaskan gelatin secara double boiler hingga cair. Tambahkan glukos.

3. Masukkan lemak sayuran dan angkat sebelum lemak sayuran cair sepenuhnya.

4. Tambahkan gliserin, biarkan bancuhan suam.

5. Letak 4 cawan gula aising atas landas marble dan buat lubang di bahagian tengah.

6. Tuang bancuhan gelatine ke bahagian tengah lubang dan mula menggaul, seelok-eloknya
dengan menggunakan pastry cutter yang lebar supaya mudah bergaul sebati. Diperingkat ini
elak menggunakan tangan kerana adunan terlalu melekit dan akan menyulitkan kerja
mengadun.

7. Tambah baki gula aising sedikit-sedikit sehingga mendapat konsistensi doh gula yang diingini.
Apabila doh semakin kental dan tidak melekit mula menguli dengan tangan sehingga doh
sebati dan halus.

8. Jika akan digunakan serta-merta, boleh terus diletak perisa dan diwarnakan dengan pewarna
makanan.

9. Jika belum mahu digunakan, bungkus dalam plastik dan simpan dalam bekas kedap udara
pada suhu bilik.

10. Adunan sugar paste tidak sesuai disimpan di dalam chiller kerana ia akan merosakkan tektur
doh tersebut kerana doh akan cair.

11.Doh gula ini boleh tahan sehingga 3 bulan atau lebih.
Selain itu terdapat sugar paste/ roll fondant jenis premix atau ready-to-use dijual di pusat bekalan confectionary atau bakery. Produk jenis ini lebih memudahkan kerja dan menjamin hasil
yang elok berbanding homemade sugarpaste yang kadang-kadang memberi hasil yang kurang cantik dari segi tekstur jika tidak memahami teknik penyediaan yang betul. Selain itu harganya pun taklah mahal sangat.

Contoh ready-to-use dan premix fondant :

( RM 26.50 - Bagus)

Pre-mix, dalam bentuk powder, dibancuh dengan mengikut
arahan bancuhan pada packaging



( RM 14.00 - 16.00 )
Ready-to-use, buka packing dan boleh terus digunakan.

Frankly speaking bagi k.liza yang bekerja dan masa amat terhad, kaedah jenis inilah (shortcut)yang menjadi pilihan utama. Mudah dan dapur pun tak berkecah.

Diharap update terbaru ini telah menjawab soalan Wani.

No comments: