Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Monday, April 18, 2011

KANGKUNG TUMIS UDANG KERING




KANGKUNG TUMIS UDANG KERING


Bahan :


1 ikat kangkung ( potong 2 inci )

1 cams udang kering (direndam ) ]

6 biji cili padi ] ditumbuk kasar

4 ulas bawang putih ]

1 cams fish sauce (nampla)

garam secukup rasa

minyak untuk menumis


Cara :


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi.

2. Masukkan bahagian batang kangkung dahulu, apabila layu baru masukkan bahagian daun.

3. Renjiskan sos nampla. Perasakan dengan garam secukupnya.

4. Siap untuk dihidangkan.


URAP PEGAGA




URAP PEGAGA


I ikat pegaga (dibersihkan dan dihiris halus)

7 biji cili padi ]

1 biji cili merah ]

3 ulas bawang merah ] ditumbuk hingga halus

1 cams udang kering ]

1/2 camt garam halus ]

1/2 cawan kelapa parut

1 camt jus limau nipis


Cara :


1. Gaulkan bahan tumbuk bersama kelapa parut hingga sebati.

2. Masukkan pegaga ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan bahan tumbuk hingga sekata.

3. Masukkan jus limau nipis dan digaul lagi.

4. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!


TIPS

Hidangan urap adalah merupakan jenis hidangan RTE (ready to eat). Oleh itu perlu berhati-hati ketika menyediakannya. Memandangkan hidangan ini tidak melibatkan proses memasak, kebersihan pengendali, peralatan dan bahan mentah perlu diutamakan.

Monday, March 21, 2011

KERABU MANGGA

Turun kereta terus jengah pokok mangga depan rumah. Dalam 1 bulan lagi dapatlah merasa hasil agaknya sebab putik dah kelihatan. Tetiba teringat ler plak pada kerabu mangga yang memang menjadi salah satu MENU wajib di kebanyakan gerai/restauran tomyam.

Kecur liur dibuatnya..nasib baik dah lepas sesi ngidam-mengidam. So meh ler kita layan resepi kerabu mangga.

KERABU MANGGA

Bahan :

A.
3 biji mangga muda / mengkal (diparut halus).
2 tangkai kacang panjang ( potong pendek)
6 tangkai cili padi (bagi yang suka pedas boleh lebihkan) - dihiris
4 ulas bawang merah ( dihiris)
1 cams udang kering ( disangai dan di mesin halus)
3 cams kacang tanah ( disangai, buang kulit dan ditumbuk kasar)


Sos :

1 cams Fish Sos ( nampla )
1 cams jus limau nipis
gula dan garam secukupnya

Cara

1. Gaul kesemua bahan A.
2. Tambah kan sos dan gaul rata.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Tips

Memandangkan kerabu mangga tergolong dalam kategori RTE (ready to eat food) maksudnya tiada melalui proses memasak, jadi perlu beri perhatian pada amalan kebersihan diri dan pengendalian. Kerabu yang siap hendaklah disimpan pada suhu chill sehingga tiba waktu untuk dihidangkan bagi mengelakkan kontaminasi biological.

Saturday, February 26, 2011

TOWFOO JEPUN + KOBIS PANJANG & MUSHROOM CHINEESE STYLE


SOFT TOWFOO + KOBIS PANJANG & MUSHROOM CHINEESE STYLE

Bahan :

1 pkt soft towfoo ( potong melintang anggaran 1/2 inci )
1/4 bhg kobis panjang ( dipotong )
100 gm cendawan
1/2 btg carot ( dihiris )
4 ulas bawang putih ( ketuk kasar)
1 camt bilis granule
2 cams minyak masak
1 cams minyak bijan
1 cams tepung jagung ( cairkan dengan 1/2 cawan air)
2 caw air
garam dan lada sulah secukupnya

Cara :

1. Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air dan bilis granule.
2. Tambah cendawan, carot dan kobis panjang. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
3. Masukkan towfoo perlahan-lahan. Berhati-hati mengacau jangan sampai towfoo hancur.
4. Perasa garam dan lada sulah.
5. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba.....




BONCIS LEMAK



BONCIS LEMAK

Bahan

15 batang boncis (dipotong 1 ")
12 ekor udang sedang (buang kepala dan bersihkan)
4 ulas bawang merah ]
10 tangkai cili padi ] ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup ]
1 liter pati santan
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
1 batang serai (diketuk)
garam secukup rasa

Cara :

1. Satukan semua bahan kecuali boncis kedalam periuk.
2. Masak hingga santan mendidih. Kacau selalu untuk elak santan berkepala.
3. Masukkan boncis. Apabila boncis layu, perasakan dengan garam secukupnya.
4. siap untuk dihidang



Friday, December 11, 2009

SAYURLODEH




Satu ketika dahulu ketika pulang berhari raya ke kampung di Perak...aku dan suami chef ali sibuk di dapur menyiapkan juadah Hari Raya. Ketika kami sibuk menyediakan sayur lodeh arwah ibu mengerutkan dahi seolah-olah pelik... Ketika aku menjengah ke ruang tamu melihat anak-anak, ibuku lantas bertanya.... takkan Hari Raya nak makan kuah lemak. Aku ketawa gelihati dengan pertanyaan itu.
Sememangnya sayur lodeh bukan juadah hari raya di negeri Perak, negeri-negeri di utara dan Pantai Timur. Apabila sayur lodeh disediakan untuk hidangan hari raya ibu menganggap itu lauk biasa jer. Ha..ha..tapi aku sendiri pun sebenarnya selepas berkahwin baru mengenali sayur lodeh...kwang..kwang..kwang
SAYUR LODEH
Bahan :
200 gm udang
200 gm paru (potong kecil dan goreng)
4 kpg towfoo (potong kiub kecil dan digoreng)
6 kpg tempe (potong kiub dan goreng)
2 kpg fucuk ( rendam dan hiris )
50 gm suhun ( rendam dan potong)
6 btg kacang panjang ( hiris nipis menyerong)
1 btg carot ( potong menyerong)
3 biji cili merah (potong serong)
1 - 11/2 mangkuk santan kelapa
5 ulas bawang merah ( dihiris)
4 ulas bawang putih( dihiris )
2 btg serai ( potong 4 menyerong )
serbuk kunyit
garam & gula
Cara :
1. Tumis bawang hiris hingga garing, masukkan serai, dan udang.
2. Campurkan semua bahan lain kecuali santan kelapa dan cili merah.
3. Kacau rata..masukkan santan dan cili merah.
4. rasakan dengan gula dan garam. Apabila kuah mendidih tutupkan api.
Nota :
Jangan guna terlalu banyak suhun dalam masakan sayur lodeh kerana ia akan mengeringkan kuah sayur lodeh.
Selamat mencuba....

GULUNGAN TIMUN




Mungkin article ini biasa jer pada masyarakat Johor yang menyajikan juadah laksa Johor. Tapi bagi masyarakat luar Johor mungkin ada yang tak biasa dan merasakan article ini amat membantu. Pengalaman saya sendiri apabila jiran selang beberapa rumah yang berasal dari Melaka yang berjiran dekat dengan negeri Johor menanyakan saya bagaimana saya membuat timun gulung membuat saya terpanggil untuk berkongsi article ini. Saya rasa photo di atas telah menjelaskan segalanya dan tak perlulah dihuraikan panjang lebar lagi.

Sunday, June 22, 2008

Home Director Project.

Hari ni tak der cooking class. So time utk relax...ye ke relax. Sebenarnya lagi busy bcos today pangkat ckit naik, jadi home director. So bg kaum ibu mesti agree, home director punya tugas never ending. So hari ni projek kemas kain baju. Lepas tu siap lunch, anak kat asrama plak balik. Kebetulan tadi jiran sebelah rumah bagi pucuk ubi. Jadi apa ye penangan untuk lunch. Nak tau jom masuk dapur.

Dah jemu tak tau nak masak ape. So apa kata buat rendang daging, pucuk ubi tu tadi dah boleh jadi dua lauk..So inilah lauk utk lunch hari ni. Okay lah tu.


Rendang Daging


Kudup Pucuk Ubi Tumis Oyster & Udang

Kali pertama hubby masak aku pandang acuh tak acuh jer, maklumlah slalu pucuk ubi, aku tau samada rebus, masak rendang atau lemak kuning jer. Bila tengok dia makan teringin plak so cuitlah ckit, bila makan...mak oooi sedapnya rasa lemak-lemak gitu...memang sedap.

Sambal Belacan Tomato & Bawang Besar

Petua orang tua-tua, supaya pucuk ubi celur, sedap, masukkan sedikit minyak goreng ikan masin ke dalam air rebusan. Tu pasal pucuk ubi dalam gambar ni nampak berkilat.

Dessertnya plak...mak aai, Italian dessert, Tiramisu...class gitu. Dessert kegemaran anak-anakku dan umi dia gaklah