Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Friday, December 11, 2009

SAYURLODEH




Satu ketika dahulu ketika pulang berhari raya ke kampung di Perak...aku dan suami chef ali sibuk di dapur menyiapkan juadah Hari Raya. Ketika kami sibuk menyediakan sayur lodeh arwah ibu mengerutkan dahi seolah-olah pelik... Ketika aku menjengah ke ruang tamu melihat anak-anak, ibuku lantas bertanya.... takkan Hari Raya nak makan kuah lemak. Aku ketawa gelihati dengan pertanyaan itu.
Sememangnya sayur lodeh bukan juadah hari raya di negeri Perak, negeri-negeri di utara dan Pantai Timur. Apabila sayur lodeh disediakan untuk hidangan hari raya ibu menganggap itu lauk biasa jer. Ha..ha..tapi aku sendiri pun sebenarnya selepas berkahwin baru mengenali sayur lodeh...kwang..kwang..kwang
SAYUR LODEH
Bahan :
200 gm udang
200 gm paru (potong kecil dan goreng)
4 kpg towfoo (potong kiub kecil dan digoreng)
6 kpg tempe (potong kiub dan goreng)
2 kpg fucuk ( rendam dan hiris )
50 gm suhun ( rendam dan potong)
6 btg kacang panjang ( hiris nipis menyerong)
1 btg carot ( potong menyerong)
3 biji cili merah (potong serong)
1 - 11/2 mangkuk santan kelapa
5 ulas bawang merah ( dihiris)
4 ulas bawang putih( dihiris )
2 btg serai ( potong 4 menyerong )
serbuk kunyit
garam & gula
Cara :
1. Tumis bawang hiris hingga garing, masukkan serai, dan udang.
2. Campurkan semua bahan lain kecuali santan kelapa dan cili merah.
3. Kacau rata..masukkan santan dan cili merah.
4. rasakan dengan gula dan garam. Apabila kuah mendidih tutupkan api.
Nota :
Jangan guna terlalu banyak suhun dalam masakan sayur lodeh kerana ia akan mengeringkan kuah sayur lodeh.
Selamat mencuba....

No comments: