Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Saturday, December 12, 2009

MY SUGAR ART GADGET

Kalau dikeluarkan semua koleksi dari simpanan memang banyak jugalah yang telah dikumpul. Suamiku pernah mengusikku, katanya koleksi mengalahkan pro tapi hasil tak seberapa pun. Tapi kerana minat ke situ, kalu tak menghasilkan bahan dapat melihat koleksi sudah cukup memberi kepuasan
Kalau dihitung semula rasanya kos yang dibelanja untuk mengumpul peralatan mencecah ke ribu ringgit. Tetapi suami tak pernah marah kerana kami berdua cenderung pada hobi yang sama. Inilah kelebihannya bila berkongsi hobi yang sama. Mungkin kerana latar belakang proffesion.


CHOCOLATE , CANDY & PETIT FOURS GADGET



NAMA ALAT : CANDY TOOLS

Kegunaan :

Digunakan ketika membuat chocolate dan mengendalikan potongan kek yang hendak dijadikan petit fours. Alat ini digunakan sebagai pemegang untuk mengetos lelehan chocolat atau "sugar flow" icing yang menyalut chocolate atau kek.



NAMA ALAT : SKEWER

Kegunaan : Untuk memegang kek semasa proses menyalut potongan kek dibuat. Bahagian muncung yang tajam ditusuk ke dalam kek dari bahagian sisi. Dengan menggunakan alat ini dapat mengelak tangan dari kotor atau selekeh terkena lelehan saduran dan membantu menghasilkan saduran yang licin tanpa kecacatan akibat tersentuh oleh tangan.



NAMA ALAT : ACUAN CHOCOLATE ("CHOCOLATE/CANDY MOULD")

Kegunaan : Untuk membentuk chocolate kepada bentuk yang diingini.



NAMA ALAT : CHOCOLATE/PETIT FOUR CASING

Kegunaan : Mangkuk kecil comel dari bahan aluminium yang digunakan dalam membuat chocolate moulding dan petit four.

No comments: