Perkhidmatan tempahan kek fondan untuk pelbagai majlis serta kursus untuk Masakan Barat (Inggeris, Perancis dan Itali) dan Timur (Melayu, Siam, India, Arab, Korea dan Jepun), Sejuk dan Panas, Pastri dan Bakeri termasuk Pencusi Mulut. Customized fondant cake for all occasion and we also offers Cooking Classes which includes Western (English, French and Italian) and Eastern (Malay, Thai, Indian, Arabs, Korean and Japanese) cuisine, Hot and Cold Dishes, Pastry, Bakery and Desserts.
Pertanyaan dan Tempahan
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:
Marliza: 019 274 9369
Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359
Atau
email ke:
marliza_05@yahoo.com
chefalimnoor@hotmail.com
Atau
layari:
https://www.facebook.com/thecheftable
Friday, December 11, 2009
NASI AMBANG
Pernah tengok nasi ambang? Pernah makan nasi ambang?.....Nasi ambang adalah hidangan masyarakat Jawa. Ia merupakan juadah istimewa dalam majlis-majlis kenduri. Biasanya nasi ambang tidak dihidangkan dalam majlis kenduri tetapi diberi kepada tetamu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kalau dulu nasi ambang hanya didapati dalam majlis kenduri sahaja tetapi sekarang nasi ambang telah pun dikomersialkan dan dapat dibeli di pasar-pasar malam di sekitar Lembah Klang.
Apa tu..nasi ambang? Berbeza dengan nasi yang disajikan dalam majlis kenduri masyarakat melayu yang mana nasi disajikan adalah nasi berlauk. Nasi ambang pula adalah nasi bungkus untuk saiz hidangan di antara 4 - 6 orang yang di dalamnya di campur dengan hidangan serperti mee goreng, ikan masin, serunding kelapa, sayur kobis dan ayam goreng. Campuran hidangan ini dibungkus di dalam daun pisang berlapik kertas surat khabar dan dibungkus dengan kaedah lipatan yang khusus.
Hanya masyarakat Jawa yang dapat menghuraikan lanjut berkenaan hidangan istimewa ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment