Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Thursday, August 21, 2008

CUPCAKES DEKOR

Tempahan cupcake dari adikku baru-baru ni saja aku lebihkan satu adunan. Dah lama tak mendekor cupcake so gatal-gatalkan tangan mendekor lah plak. So apa lagi...layaaaan....




































Apa Nak Ngap Lunch Hari Ni.

Kepenatan ku dah capai tahap gaban. walau pun majlis birthday Iqbal sederhana, tapi penatnya sama jer, nak mengemas pinggan mangkuk, nak kemas dapur. So lunch kali ni dah kematu kepala memikir apa nak masak. Yang pastinya kena masak something yang simple dan tak mengotorkan dapur. Dah tak larat lagi nak adap dapur jer....cukuplah sampai di sini....aisyeh wah..

Untuk memenuhi kriteria menu simple dan tak mencemarkan dapur ku, maka inilah penangan lunch buat keluarga....buterred rice, steak with black pepper sauce & salad. Tapi salad tu belum siap dah amik gambar...tu pasal nampak macam togil jer sebab belum masuk mix herbs, olive oil and vinegar. Tapi kalu aku tak cakap pun bukan korang tau.






































Tempahan cupcakes lagi

Sunday baru ni ada lagi tempahan cupcakes. Kali ni dari adik ku yang di Shah Alam minta. Pun satu-satunya adik perempuanku. Bukan itu jer, aku gak kena buat cream caramel 700 cup untuk wedding di Shah Alam. Wah dtg bertalu-talu plak tu. Mampu ker aku. Alhamdulillah semua tempahan siap on time.

Cream caramel aku tak amik gambar...dah terlalu banyak cream caramel dalam blog. Tapi cupcake tu aku amiklah. Cupcake yang dipesan jenis dekor butter cream icing dan fondant..utk bawa balik Ipoh bagi majlis tahlil di rumah mak mertuanya.

Inilah hasil tangan cuppies kali ni.















Happy Birthday Iqbal

Baru last week sibuk ngan birthday Ilya, minggu ni plak memasak untuk birthday anak teruna ku yang ke tiga Iqbal. Dia insist nak gak buat birthday party. Memandangkan aku amat-amat kepenatan, semalam baru sibuk buat cuppis untk Muslim, so terpaksa letak syarat jemput kekawan sekolah dan budak-budak Taman perumahan jer. Mak-mak dan bapak-bapak budak terpaksa abaikan sebab penat sangat. Mintak mahap banyak-banyak. Baru last week berjamuan...okaylah tu....

Inilah hasil juadah yang termampu aku sediakan......soto, marble cheese cake, fruit tartlet, cupcake & cream caramel. Tapi yang sempat amik gambar ni jer. Layan......















Iqbal kiri sekali sedang sibuk melayan kekawan

Tempahan Cupcakes

Baru ni kakak ku di Kemensah Ulu Kelang, tu lah pun satu-satunya kakakku jemput ke majlis kesyukuran meraikan anak terunanya yang akan berangkat ke Manchester UK futher study. So dia tempah cupcake. So dlm sibuk ngan keja, sempat gak lah buatkan mini cuppies utk majlis tu.

Buat Muslim Mak Teh doakan agar berjaya dalam pelajaran dan apa juga yang dilalui. Selamat berangkat Mak Teh ucapkan. Nampaknya berpuasa dan beraya di perantauanlah . Tapi jangan sedih-sedih, kakak Fatimah kan ada boleh temankan. Manchester ngan Birmingham bukan jauh sangat.

Inilah hasil buah tangan untuk majlis hari tu.










































Wednesday, August 20, 2008

Majlis Hari Jadi Anak Dara Tunggalku Ilya Zafirah Dan Anak dara Tunggal Jiranku Ada















Setelah sekian lama menyepi baru kali ni dapat hapdet blog ni. Terlalu busy....kalah pak menteri plak. Lately ni terlalu byk meeting & kursus out station. Next week pun whole week tak masuk office, 2 hari di Melaka kena bagi talks pasal food safety (HACCP). The next 3 days plak di institut pengurusan kesihatan di Bangsar jadi secretariat untuk Conference Dietetik Sajian peringkat national. Selain tu kena present paper pasal HACCP. Cepatlah bibik ku tampil memberi bantuan....urgh. Balik dari conference sibuk audit ISO plak.

Lagi cerita pasal kerja memang tension giler. So jom share ckit pasal majlis hari jadi anak dara tunggal ku (sekuntum bunga cina) yang di adakan baru-baru ni. slalu buat majlis ada bantuan bibik. Kali ni harapkan hubby membantu. Nak di jadikan cerita, hubby pulak tercedera semasa sebok mengemas garden. Hujung jari tercantas dengan gunting gardening. Aku tak berani dekat suruh my 3 abduls tolong abah dia. Lepas tu apa lagi terdiamlah dia di TV room menahan sakit. Bila darah dah banyak meleleh terpaksa gak pegi klinik.

Maka keseoranganlah aku di dapur menyiapkan juadah untuk majlis hari jadi ilya. Untuk menyampaikan hajat jiran depan yang turut sama berkongsi majlis hari jadi anak dara nya yang tunggal jugak maka juadah untuk majlis malam ni adalah nasi putih ngan lauk kampung - ikan bakar cicah air asam dan sambal kicap, ayam barbeque (jiranku syam sponsor), sambal udang petai, Lemak pucuk ubi, Tempoyak kacau dengan ulam, ulam-ulaman dan sambal belacan, tempe sira sambal. Oh ya...pakcik Mie & acik Tun babysitter plak sponsor satey. Selain tu ada gak rojak buah.

Kuih-muih sempat gak buat sikit-sikit, antaranya cream puff, cupcakes, kek hari jadi pun buat sendiri jer....baked cheese cake dan kek chocolate. Dekor pun ambik jalan pintas jer. selalu majlis orang syok sesi dekor mendekor. Tapi bila majlis sendiri, tak menang tangan. Acik Ros pulak bermurah hati buat kuih apam. Thank you very much pada semua yang turut memberi sumbangan.

api tak semua juadah sempat ambil gambar, gambar-gambar yang ada ni yang sempat diambil.




























Kebetulan Peter kawan hubby dari Australia datang bercuti....sibuk dia menghayun camera ke sana-sini. Tapi bagusnya dia ni dah biasa dengan makanan Malaysia, cili api, tempoyak semua dia balun.