Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Wednesday, August 20, 2008

Majlis Hari Jadi Anak Dara Tunggalku Ilya Zafirah Dan Anak dara Tunggal Jiranku Ada















Setelah sekian lama menyepi baru kali ni dapat hapdet blog ni. Terlalu busy....kalah pak menteri plak. Lately ni terlalu byk meeting & kursus out station. Next week pun whole week tak masuk office, 2 hari di Melaka kena bagi talks pasal food safety (HACCP). The next 3 days plak di institut pengurusan kesihatan di Bangsar jadi secretariat untuk Conference Dietetik Sajian peringkat national. Selain tu kena present paper pasal HACCP. Cepatlah bibik ku tampil memberi bantuan....urgh. Balik dari conference sibuk audit ISO plak.

Lagi cerita pasal kerja memang tension giler. So jom share ckit pasal majlis hari jadi anak dara tunggal ku (sekuntum bunga cina) yang di adakan baru-baru ni. slalu buat majlis ada bantuan bibik. Kali ni harapkan hubby membantu. Nak di jadikan cerita, hubby pulak tercedera semasa sebok mengemas garden. Hujung jari tercantas dengan gunting gardening. Aku tak berani dekat suruh my 3 abduls tolong abah dia. Lepas tu apa lagi terdiamlah dia di TV room menahan sakit. Bila darah dah banyak meleleh terpaksa gak pegi klinik.

Maka keseoranganlah aku di dapur menyiapkan juadah untuk majlis hari jadi ilya. Untuk menyampaikan hajat jiran depan yang turut sama berkongsi majlis hari jadi anak dara nya yang tunggal jugak maka juadah untuk majlis malam ni adalah nasi putih ngan lauk kampung - ikan bakar cicah air asam dan sambal kicap, ayam barbeque (jiranku syam sponsor), sambal udang petai, Lemak pucuk ubi, Tempoyak kacau dengan ulam, ulam-ulaman dan sambal belacan, tempe sira sambal. Oh ya...pakcik Mie & acik Tun babysitter plak sponsor satey. Selain tu ada gak rojak buah.

Kuih-muih sempat gak buat sikit-sikit, antaranya cream puff, cupcakes, kek hari jadi pun buat sendiri jer....baked cheese cake dan kek chocolate. Dekor pun ambik jalan pintas jer. selalu majlis orang syok sesi dekor mendekor. Tapi bila majlis sendiri, tak menang tangan. Acik Ros pulak bermurah hati buat kuih apam. Thank you very much pada semua yang turut memberi sumbangan.

api tak semua juadah sempat ambil gambar, gambar-gambar yang ada ni yang sempat diambil.




























Kebetulan Peter kawan hubby dari Australia datang bercuti....sibuk dia menghayun camera ke sana-sini. Tapi bagusnya dia ni dah biasa dengan makanan Malaysia, cili api, tempoyak semua dia balun.

1 comment:

Pedro Claus Kube said...

Ola , Aliza , greetings from Brasil.
Wonderful and excellent Blogs.
very good apresentation. easy to find dishes.

muito obrigado.
http://artextrema.blogspot.com