Jadi kelas hari ni dikendalikan oleh aku sendirian. Apa lagi 2 anak terunaku kenalah sesi kerahan tenaga. Bukannya mendera tetapi melatih dia orang supaya belajar hal urusan rumah tangga supaya bila dah bekeluarga nanti dapat dimanafaatkan.....aisyeh wah. Lagi pun aku yang dikelilingi oleh 5 abdul dan sekuntum bunga cina sememangnya tiada pilihan.
Memandangkan hari ini sendirian tak sempat berkongsi gambar kelas chocolate molding. Tengoklah kalau rajin atau berkesempatan kenalah rewind balik (lakon baliklah)
Half way class tetiba chef Ali terpacul, agaknya dah segarlah tu, tapi masih nampak week. Kelas kali ini aku tertarik melihat gelagat 2 pelajarku yang telah mengikuti sesi kelas chocolate molding 1. Kedua pelajar ini terlalu ghairah dan seronok bercerita tentang perniagaan homemade chocolate molding yang telah diusahakan sebaik sahaja mendapat ilmu dari kelas pertama dulu. Memandangkan ianya benda yang baru pada penduduk di sekitar Kuala Langat dan khususnya di kawasan kediaman mereka, chocolate yang dihasilkan mendapat permintaan yang tinggi kerana dilihat sebagai sesuatu hasil yang begitu istimewa dan mengagumkan dan masing-masing risau takut tak menang tangan dengan tempahan-tempahan. Aku turut tumpang gembira di atas kejayaan mereka tu. Paling menggembirakan tempahan chocolate untuk majlis perkahwinan dan hari raya telah pun mula diterima. Nampaknya mereka amat bersungguh dalam perniagaan baru ini.
Aku selaku cikgunya turut membantu mendapatkan mould chocolate jenis heavy duty yang lebih sesuai untuk komersial, chocolate warmer serta bahan-bahan lain seperti chocolate block, bahan-bahan packaging memandangkan mereka belum pandai nak dapatkan barang tu di mana. Sambil tu info tentang pusat atau kedai yang menjual barangan tersebut telah pun dimaklumkan kepada mereka cuma buat masa ni belum sempat menjengah ke tempat-tempat berkenaan.
Sempat juga mereka membawa sampel chocolate molding yang telah terhasil. Nampaknya ilmu yang diperolehi benar-benar telah dimenafaatkan. Aku sebagai cikgu yang mengajar tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kejayaan anak muridku....insyaallah.
Yang sempat ditepek di sini ialah juadah high-tea yang disediakan kepada peserta kursus. Tu pun ambil selepas peserta kursus beredar.
No comments:
Post a Comment