Sebenarnya bukan ke mana pun cuma baru berpindah tempat kerja, promotion (alhamdulillah). Belum sempat kenal tempat baru dah kena arah pegi out station. 3 weeks direct asyik pegi sana sini, mula-mula ke Penang kena bagi talks pasal Food Safety (HACCP), pas tu baru 2 jam masuk keja dpt call sepupu meninggal terpaksa amik urgent leave. Week after fly pulak ke Alor Star, National Meeting 4 hari. Biasalah pegi meeting bukan saja-saja bagi kita duduk hotel, follow-up dengan paper works ler. Sempat ler 2hari (weekend) spend masa dengan kuarga pas tu ke Terengganu, again bagi talks pasal Food safety (HACCP). Sempat plak tuh melalui pengalaman menakutkan masa fly ke Kuala Terengganu. Mana tak nyer, pilot bg tau kapal tobang tokleh landing becos of the bad weather...siap patah balik ke KLIA sebab minyak tak cukup. Tak pasal-pasal dapat makan subsidi dari MAS. Flight patut kul 1.50 tgh delay sampai 8.00 mlm.
Second time nak landing plak cuaca yang elok tiba-tiba jadi tak elok, Kali ni pilot tawakkal jer landing. Pax semua punyalah panic....ngan flight yyg bergoyang-goyang. Bila selamat landing jer riuh rendah bunyi tepuk tangan...huh. Tapi memang musim tengkujuh kali ni antara yang terburuk sehinggakan pasar kepayang banjir dinaiki air.
Dah habih sibuk round sana -sini, balik sibuk kat negeri Selangor, maklumlah dah kena jaga state. State meetinglah, kemudian kena gi audit HACCP. Apa pun dah tugas dan tanggungjawab, kenalah buat. Itulah amanah atas gaji yang dibayar.
Pasal Cooking Class plak memang dah lama gak menyepikan diri. Belum sempat memberi ruang pada aktiviti tersebut. Tetiba baru-baru ni plak Kolej Komuniti minta bantuan untuk mengajar komuniti Kuala Langat memasak Chicken Chop dan Lasagne + Pasta. Terbaru pulak mengajar kumpulan ibu tunggal under tajaan perkeso masakan barat.
Sunday baru ni baru dapat luangkan masa untuk anak-anak. So hanya sempat bawak bercuti ke Afamosa Resort. Percutian yang menyeronokkan gak. Walaupun ticket untuk setiap show agak mahal tapi still worth buying. Yang penting bebudak memang happy sangat.
Yesterday baru sempat pegi beli buku skolah anak-anak dan baju persekolahan. Mak aaai, untuk 4 anak RM 1000.00 plus dah kopak. Belum lagi masuk yuran. Yang peliknya bebudak skarang siap demand nak baju brand itulah inilah, banyak plak cikadaknya. Masa kita dulu takut nak mintak, apa jer dibeli trima jer. Nasib tak baik kena pakai baju dan kasut lama...tapi tak complain pun.
Tadi kebetulan ke Banting sempat jenguk kedai anak murid setia, yang sukses dalam perniagaan frozen food. Tapi perkhabaran sedih yang menunggu apabila diberitahu beliau telah kembali ke rahmatullah sabtu baru ni. Innalillah.......memang lama dia suffer from colon cancer. Allah lebih menyayanginya semuga rohnya dicucuri rahmat.
Sampai sini dulu sesi chatting. Becos nak buat persiapan untuk bsok, program belajar sembelih ayam untuk remaja Taman Satria. Of courselah persiapannya untuk menyediakan rencah-rencah untuk masak ayam yang akan disembelih besok dan sediakan lauk-lauk sampingan bagi pelengkap hidangan. Tata..titi..tutu
1 comment:
yeay!!berjaya jg mak uda mengupdatekan blog..keep up the good work mak uda..really enjoy reading ur blog..
Post a Comment