Kalau cakap pasal kepala botak mesti terbayangkan wajah Mawi yang malatop. Kerana kepala botak juga bagai nak malatop dibuatnya ngan heroku yang bongsu si Udin. Nak dijadikan cerita rambutnya yang siap remos telah digondolkan baru-baru ni biar nampak kemas ke sekolah. Si abdul yang sorang ni siap protest, mengurung diri dlm rumah tak nak main ngan kekawan kerana malu kepala dah botak. Sewaktu turun dari kereta, masuk rumah bila terpandangkan kepalanya yang dah gondol dah dapat agak apa yang bakal terjadi. So tak nak rumitkan keadaan pujilah sikit "amboi hensemnya anak umi bila dah potong rambut" sekali dijwbnya " Apa ke hansem macam ni.Dah botak mana ade hensem" kebetulan plak baru beli seluar untuk bday dia yang akan disambut hari berikutnya. Pujuklah suruh pakai seluar. Sambil mencuba mulut siap mengomel "kalau dah botak pakai cantik cam mana pun tak kan lawa" mak aii.Monday baru ni protest tak gi skolah plak malu kekawan tengok kepala botak. Baru 6 tahun dah sakan pandai nak melawa konon. Kalau disikatkan rambut siap adjust sebab umi sikat tak lawa.In the end berjaya gaklah memujuk. Tapi today pergi skolah mintak pakai songkok. Udin...udin
Perkhidmatan tempahan kek fondan untuk pelbagai majlis serta kursus untuk Masakan Barat (Inggeris, Perancis dan Itali) dan Timur (Melayu, Siam, India, Arab, Korea dan Jepun), Sejuk dan Panas, Pastri dan Bakeri termasuk Pencusi Mulut. Customized fondant cake for all occasion and we also offers Cooking Classes which includes Western (English, French and Italian) and Eastern (Malay, Thai, Indian, Arabs, Korean and Japanese) cuisine, Hot and Cold Dishes, Pastry, Bakery and Desserts.
Pertanyaan dan Tempahan
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:
Marliza: 019 274 9369
Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359
Atau
email ke:
marliza_05@yahoo.com
chefalimnoor@hotmail.com
Atau
layari:
https://www.facebook.com/thecheftable
1 comment:
hensem lar budak botak nie...
teringin nak wat menantu...
kihkihkih...
Post a Comment