Assalamualaikum WBKT
Muga diberkati ALLAH SWT senantiasa.
Salam perkenalan kepada semua yang melawati blog ini. Harap blog ini dapat memberikan sedikit kebaikan kepada mereka yang mempunyai minat, citarasa dan keinginan yang serupa dalam dunia masakan. Cukup lama dah teringin untuk mengujudkan blog seumpama ini, tapi bila kerja bertangguh tak menjadi. ALHAMDULILLAH tadi dapat pangilan dari 'my wife, kata dia dah ujudkan blog untuk 'ALIZA House of Cooking' (AHoC), terus aje buka dan tulis. Terimakasih 'LIZA'.
Kami sebenarnya berharap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang masakan dengan mereka yang berminat. Di samping itu juga blog ini akan dijadikan sebagai satu cara pemberitahuan dan pengumuman dari AHoC. Untuk permulaan ini, ingin dimaklumkan bahawa sepanjang tahun 2008 ini program kursus masakan dengan Kolej Komuniti Kuala Langat akan diteruskan. Kelas pertama tahun ini akan bermula pada 17hb Februari ini dengan modul Kursus Asas Masakan Barat.
Bagi mereka yang berminat dengan pembacaan, buku pertama saya mengenai Restoran: Pengurusan Pemasaran dan Operasi, panduan untuk pengusaha restoran terbitan UPENA (Unit penerbitan Universiti, UiTM) telah diterbitkan pada Jun 2006. Berminat boleh hubungi terus ke UPENA, UiTM, SHAH ALAM.
INSYAALLAH buku bertajuk Pengenalan Kepada Masakan Jepun akan diterbitkan pada tahun ini oleh penerbit yang sama. Harap ianya akan dapat diterbitkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. Diselitkan gambar-gambar resipi yang terdapat dalam buku yang bakal diterbitkan nanti. Wassallam
1 comment:
Likely is Delicious so is looked
Post a Comment