Saja nak cerita sikit pasal makan. Kat Malaysia ni terdapat berbagai jenis restoran dari restoran siam, jepun, korea dan tak boleh nak kira berapa banyak pula restoran yang menawarkan masakan barat. Terlalu banyak, mungkin orang Malaysia ni bersikap terbuka mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru.
Masa baru-baru AEON JUSCO Bukit Tinggi Kelang dibuka saya dan isteri ke sana masa 'lunch hour' saja nak ronda-ronda sambil cari tempat untuk mamam bersama. Bukan main banyaknya tempat makan - masa tu masih baru masing-masing buatlah promosi untuk menarik pelanggan. Saya dan orang rumah memang gemar makanan Jepun, jadi adalah satu-satunya restoran Jepun kat situ, saya pun pegi lah ke sana dan tanya - Is the food Halal? Tau apa dijawab - No pork, sir. Tanya lagi. Is it Halal? Jawabnya masih 'No pork, sir. Kami kemudiannya pergilah ke Kenny Roger's Rooster - nampak ramai sangat pekerja yang berbangsa melayu yang sedang melayan tetamu. Kebetulan masa masuk tu adalah seorang budak perempuan, berbangsa cina kot - saya tanya "Makanan kat sini Halal ke? Dia tak jawab ... atau tak tahu nak jawab ... ah..ha uh..yes, yes. Mungkin tak tahu kot apa yang dimaksudkan dengan halal. Entahlah, dah nak masuk pilihanraya ke 12, ramai lagi rakyat Malaysia yang tak tau pasal konsep halal. Apa nak buat, kitalah sendiri kena jaga makan kita. Nampaknya banyak lagi kerja yang perlu dibuat nak bagi paham tentang halalan taiba.
Bercakap tentang Masakan Jepun ni dan dikaitkan pula dengan persoalan halal atau haram - INSYAALLAH buku saya yang bakal terbit nanti memberikan sedikit tentang masalah penggunaan bahan yang tidak halal dalam masakan Jepun. Bagi tuan-puan yang gemar masakan jepun dan inginkan makanan yang halal dalam buku itu nanti akan memberikan dan mengesyorkan bahan gantian yang halal. Jadi anda akan dapat masak sendiri dengan bahan-bahan yang halal.
Selain itu sekarang ni kat Malaysia di merata-rata food court terdapat ramai pekerja asing yang berwajah kemelayuan, so berhati-hati sikit. Makan jangan sebarang makan nanti takut termakan makanan yang terlarang. WALLAHU'ALAM
Perkhidmatan tempahan kek fondan untuk pelbagai majlis serta kursus untuk Masakan Barat (Inggeris, Perancis dan Itali) dan Timur (Melayu, Siam, India, Arab, Korea dan Jepun), Sejuk dan Panas, Pastri dan Bakeri termasuk Pencusi Mulut. Customized fondant cake for all occasion and we also offers Cooking Classes which includes Western (English, French and Italian) and Eastern (Malay, Thai, Indian, Arabs, Korean and Japanese) cuisine, Hot and Cold Dishes, Pastry, Bakery and Desserts.
Pertanyaan dan Tempahan
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:
Marliza: 019 274 9369
Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359
Atau
email ke:
marliza_05@yahoo.com
chefalimnoor@hotmail.com
Atau
layari:
https://www.facebook.com/thecheftable
Wednesday, February 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment