Telah sekian lama menyepi, bukan tak de class, class masih on cuma dalam tempoh berdukacita kerana baru kehilangan bonda yang tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2008 baru-baru ni. Tiada lagi kelibat ibu tua yang uzor di atas kerusi roda. Yang tinggal hanya kenangan dan kerinduan ke atas seorang ibu yang begitu cekal membesarkan anak-anak sehingga dewasa dan berjaya. Terima kasih bondaku semoga tuhan membalas segala jasamu dengan menempatkan mu dikalangan orang-orang yang baik dan terpelihara. Amin ya rabbalalamin.
Kelas sesi 2 2008 telah pun bermula pada pertengahan Mei. 2 Kelas pastri telah pun diadakan iaitu kelas shorcrust pastri dan choux pastry. Kelas shortcrust pastry menyajikan peserta dengan resipi blueberry Cheese Tart, Egg Tart serta fruit Tartlet (kelas ulangan bagi kumpulan peserta baru). Manakal Choux pastry mendedahkan peserta kepada cara membuat Profiterole, Eclair, Paris Breast dan churos.
Resipi adalah seperti di bawah :
BLUEBERRY CHEESE TART
PASTRI
125 gm butter ( potong kiub dan sejukkan )
60 gm gula aising
1 biji putih telur
220 gm tepung gandum
15 gm tepung kastad
1 camt. esen vanilla
CREAM CHEESE FILLING
300 gm cream cheese
80 gm gula aising
1 camt jus lemon
1 camt esen vanilla
50 gm whipped cream
25 gm tepung jagung (diayak)
2 biji telur gred A
Jem Blueberry
CARA
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C
2. Ayak tepung dan gula aising. Masukkan ke semua bahan pastry ke dalam mixer. Pukul sehingga adunan sebati menjadi doh.
3. Masukkan telur dan uli menjadi doh.
4. Keluarkan doh dari peti sejuk, kepalkan bulat dan ratakan dalam acuan mangkuk tart. Kemaskan doh di sekeliling acuan dengan spatula. Cucuk dengan garfu bahagian dasar untuk elak pastry menggelembung ketika dibakar.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar separuh masak, keluarkan dari oven.
6. Masukkan cream cheese filling. Paipkan sedikit jem blueberry di bahagian tengah dan gariskan dengan garfu untuk membentuk corak marble.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
8. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
CREAM CHEESE FILLING
1. Pukul cream cheese dan gula aising hingga berkrim.
2. Campurkan jus lemon dan esen vanilla.
3. Tambahkan telor dan pukul hingga sebati.
4. Masukkan whip cream dan dipukul lagi.
5. Akhir sekali masukkan tepung jagung & digaul sebati.
EGG TART
EGG TART
BAHAN TART
250 gm tepung serbaguna
2 cams susu tepung
125 gm Butter (sejuk)
50 gm gula aising
1 biji telur (pukul & ayak)
BAHAN FIILING
3 biji telur ( gred A )
75 gm gula castor
150 ml susu segar
CARA
1. Masukkan semua bahan tart dalam mixer. Adunkan menjadi doh.
2. Bulatkan ke bentuk bebola kecil dan ditekan dalam acuan mangkuk tart. Ratakan bahagian tepi doh pada mangkuk untuk kemasan.
3. Cucukkan bahagian dasar doh dalam mangkuk tart untuk mengelakkan menggelembung bila dibakar.
4. Bakar pada suhu 150°C selama 10-15 min.
5. Keluarkan dari oven dan dituang dengan filling.
6. Bakar semula dalam oven pada suhu 100°C selama 20 minit.
7. Keluarkan dari oven dan disejukkan. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan.
FRUIT TARTLET
BAHAN
210 gm tepung gandum ( diayak )
3 cams susu tepung
90 gm gula aising (diayak)
150 gm tepung badam
225 gm butter ( potong kiub dan sejukkan )
½ bj telor
CARA MENYEDIAKAN PASTRI
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C.
2. Campurkan bersama tepung, susu tepung, gula aising dan tepung badam.
3. Masukkan butter beku ke dalam campuran adunan tepung dan dipotong dengan pemotong doh sehingga bergaul dengan adunan tepung .
4. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan telur dan uli menjadi doh. Bungkus doh dalam plastic dan sejukkan selama ½ jam dalam peti sejuk.
6. Ambil sedikit adunan doh dan ditekan dalam acuan mangkuk tart sehingga doh rata meliputi bahagian dalam acuan.
7. Trim bahagian tepi acuan untuk kemasan pada doh. Buat sehingga adunan habis.
8. Cucukkan bahagian dasar doh dengan garfu untuk membebaskan udara ketika doh dimasak.
9. Bakar di dalam oven selama 15 minit atau sehingga doh masak.
10. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
11. Keluarkan pastry dari acuan tart dengan mengetuk perlahan-lahan.
12. Paipkan dengan topping untuk mengisi bahagian dalam mangkuk tart.
13. Hiaskan dengan hirisan buah-buahan seperti strawberry, peach, kiwi dan sebagainya.
14. Glis dengan piping jel supaya kelihatan berkilat.
TOPPING – CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
50 gm butter
50 gm gula castor
1 camt esen vanilla
Pukul cream cheese dan butter hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
TOPPING-VANILLA PASTRY CREAM
2 bj telur
2 cams gula castor
2 camt tepung gandum
125 ml susu UHT
Esen vanila
Pukul telur dan gula hingga pekat dan ringan. Masukkan tepung dan terus memukul hingga sebati.
Masak susu hingga mendidih. Pastikan susu tidak berkepala. Campur kedalam adunan telur dan pukul hingga sebati. Tapiskan.
Campurkan sedikit esen vanilla dan masak atas api perlahan hingga pekat. Angkat dan sejukkan.
HIASAN
Strawberry, peach, kiwi dll. – hiris mengikut kesukaan.
CARA PENYEDIAAN FILLING:
1. Campurkan kesemua bahan dan dipukul bersama hingga sebati.
Perkhidmatan tempahan kek fondan untuk pelbagai majlis serta kursus untuk Masakan Barat (Inggeris, Perancis dan Itali) dan Timur (Melayu, Siam, India, Arab, Korea dan Jepun), Sejuk dan Panas, Pastri dan Bakeri termasuk Pencusi Mulut. Customized fondant cake for all occasion and we also offers Cooking Classes which includes Western (English, French and Italian) and Eastern (Malay, Thai, Indian, Arabs, Korean and Japanese) cuisine, Hot and Cold Dishes, Pastry, Bakery and Desserts.
Pertanyaan dan Tempahan
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:
Marliza: 019 274 9369
Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359
Atau
email ke:
marliza_05@yahoo.com
chefalimnoor@hotmail.com
Atau
layari:
https://www.facebook.com/thecheftable
Sunday, May 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment