Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Friday, June 6, 2008

Kelas Masakan...celoteh sikit

Sebenarnya banyak juga dapat pertanyaan dan permintaan untuk mengadakan kelas masakan dari pelbagai pihak. Ada kumpulan mahupun individu. Inilah bagusnya orang kita yang tak jemu untuk menimba ilmu. Ilmu yang ada sedikit kalau dapat dimanafaatkan bagus jugak. Diam tak diam dan hampir setahun kelas masakan yang kami jalankan suami isteri kat rumah ni berlansung. Seronok, lebih-lebih lagi bila ada peserta yang terus menceburi bidang perniagaan selepas menghadiri kursus kami. Inilah yang dikatakan ilmu yang dimanfaatkan.

"Chef Ali ke ni?" Aiik siapa pulak ni? (Nama tak keluar pulak dari paparan telepon ni...... mesti bukan member-member dekat ni? Kalau tidak mesti ada nama dia orang, lagipun kalau member dekat tak panggil Chef Ali...... panggil Ali aje atau pun Syeikh). Ya, ....Ali cakap siapa tu? "Saya dapat nombor Chef dari kawan saya, dia peserta yang belajar masakan kat rumah Chef. Saya nak tanya Chef tentang kelas masakan yang dijalankan sekarang ni?"

Itu perbualan dengan salah seorang yang berminat nak mengikuti kelas masakan yang kami jalankan. Baiklah pada kesempatan ini ingin juga nak terangkan dan war-warkan tentang kelas masakan yang dijalankan (nak kongsi dengan sesiapa yang layari blog ni ). Kelas masakan yang kami kendalikan diadakan di rumah kami di No.18 Jalan Satria Tiga, Taman Satria, 42500 Telok Panglima Garang. Kursus masakan yang kami jalankan adalah dengan kerjasama pihak Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) yang ditawarkan dan diiklankan melalui laman web rasmi KKKL dikeluarkan tiga bulan sekali. Selain daripada itu kami juga menjalankan kursus yang ditawarkan berdasarkan kepada pemintaan peserta biasanya dijalankan dalam kumpulan sekurang-kurangnya 10 - 15 orang, samada secara demonstrasi ataupun 'hands-on'. Jenis-jenis kursus juga atas permintaan dari Kek, Masakan dan pelbagai lagi. Kos bagi kursus juga tertakluk kepada jenis kursus yang dijalankan. bagi bulan Ogos nanti kami akan menjalankan Kursus Seni Hiasan Asas daripada Gula - merangkumi, Royal Icing, Sugar Paste, Fondant dan Pastillage kos bagi kursus ini adalah sebanyak RM220 termasuk kos peralatan asas dan makan minum serta dijalankan secara hands-on. Tempat terhad kepada 15 peserta sahaja - sesiapa yang berminat bolehlah hubungi e-mail chefalimnoor@hotmail.com atau marliza_05@yahoo.com atau boleh juga hubungi talian 019-66 493 69 / 019-27 493 69.
Untuk makluman kaedah pengajaran adalah secara teori dan praktikal. Ini bagi memastikan peserta memahami secukupnya. Bukan hanya tahu cara memasak tetapi tahu tentang resepi , memahami resepi dan diajar cara membaca resepi dengan betul. Selain dari tips penting bagi mengelakkan kesalahan dan mendapat hasil yang terbaik. Pendekatan juga diberikan bagi mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan di rumah.

Okaylah tulah sikit sebanyak tentang kelas masakan yang kami jalankan.

No comments: