Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Friday, June 6, 2008

HOMEMADE CHOCOLATE -CHOCOLATE MOULDING

After so long, bebaru ni ceburi semula aktiviti membuat homemade chocklat. Alkisah salah sorang peserta kelas cupcakes decorating minta tolong demo ckit cara buat coklat moulding. Peserta ni memang zero dari bab seni hisan dan chocklat making tapi antara peserta yang paling menunjukkan minat yang tinggi sepanjang mengikuti kelas masakan AlizaHoC.

Dari soalannya dapat dijangkakan yang dia memang langsung tak tahu mengenai penggunaan dan cara membuat homemade coklat.

Antara soalan yang diajukan adalah:


- Coklat tu perlu bakar dalam oven macam cookies ke?
- Macamana coklat tu boleh bentuk bunga ros, kena ukir ke?
- Nak cairkan kena masuk air banyak mana?
- Kena masak coklat dalam periuk atas api ke?

Untuk menghuraikan segala persoalannya yang kelihatan amat bersungguh ingin tahu, aku dan hubby meluangkan sedikit masa selepas kelas hiasan cupcakes, membuat demontrasi homemade coklat. Hasilnya peserta tersebut bersama beberapa yang lain bukan sahaja gembira malah kagum melihat hasil seni chocolate moulding yang sebenarnya amat mudah disediakan yang penting perlu tahu cara, teknik yang betul dan penggunaan bahan dan alat yang betul. Tanpa prejudis (wow) peserta-peserta ini sebulat suara meminta diadakan kelas membuat chocolate moulding dengan yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 seorang pada 8.6.2008 ini.


Tak berkesempatan mengambil gambar chocolate moulding yang dibuat demonstrasi. Walau bagaimana pun ini adalah contoh yang dibuat beberapa hari selepas itu.


Penggunaan jenis coklat yang betul akan menghasilkan coklat yang berkilat

Bahagian dalam kelihatan orange filling

1 comment:

Minah Kiwi said...

Assalamualaikum Chef Liza.. saya Mas Ayu nak say thanks sebab resipi Homemade Chocolate nie. Mas nak minta izin copy and paste resipi Homemade Chocolate lam blog mas..

Harap Chef benarkan yer..

Wassalamam

Salam