Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Sunday, July 26, 2009

LAWATAN KERJA KE SARAWAK

Setelah sekian lama menyepi akhirnya kena cari masa juga untuk update blog. Bukan setakat tak sempat jengah blog. Bebudak di rumah pun bebunyi uminya asyik out station. Terbaru baru balik dari Sarawak. Empat hari di Sarawak, berkesempatan melawat ke Pasar Satok mencari terubuk masin dan tak lupa ke Dayang Salha Kek Lapis hanya dengan menaiki bot (tambang 50 sen) untuk ke seberang; lebih kurang 10 min perjalanan. Menjamu mata dan tekak dengan bermacam-macam kek lapis...sisik ikan, angkasawan, cheese, durian, sembilu kasih, puncak kasih dan bermacam-macam nama kek lapis.

Yang pasti peluang untuk menjamah hidangan bumi kenyalang kesampaian hampir ke semuanya. Setibanya di kuching airport bersama geng terus menjamah laksa Sarawak. Terima kasih tidak terhingga pada En. Azman yang bersusah payah mencari segala juadah Sarawak bagi mempastikan tiada yang kempunan apabila balik ke Semenanjung nanti. Keseluruhannya boleh dikatakan memenuhi citarasa. Mee Sapi, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyek dan Ayam Pangsoh semuanya hidangan baru bagi kami tetapi tidak mengecewakan. Bagi yang tidak menggemari masakan pedas kesemua ini adalah di antara pilihan yang terbaik.








Sebelum ke pasar Serikin singgah di Hospital Bau untuk sesi lawatan kerja. Kemudian singgah ke Serikin pasar hujung minggu. Serikin merupakan daerah luar bandar yang bersempadan dengan Indonesia. Jadi peniaga di situ banyak yang berkomunikasi dalam bahasa indonesia. Barangan yang dijual pun kebanyakan datang dari indonesia dan harganya murah gitu. Tapi walaupun gerai di situ sejauh mata memandang, tapi aku hanya mampu bertahan di suku perjalanan kerana cuaca teramat panas. Kawan-kawan semua sebok shopping, aku berpatah balik dan menunggu di kedai makan. Ini sesi survey dulu. Insyaallah bulan Oktober akan ke Sarawak lagi atas urusan kerja.Tapi sempatlah juga membeli telekung sulam pada harga yang amat murah berbanding harga di pasar bazarina Shah Alam.

On the way balik ke kuching sempat singgah pasar tamu Bau melihat hasil jualan sayur kampung yang pastinya berkali ganda murah berbanding di semenanjung.
Tak lupa juga menjengah kedai souvenir dekat waterfront. Membeli souvenir dan tabaloi untuk buah tangan.

Yang pastinya lawatan yang pertama ke Sarawak sesuatu yang amat menarik selain dari cuaca di sana yang amat terik dan memeritkan. Tak sabar untuk berkunjung ke sana semula.







No comments: