Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Thursday, December 3, 2009

SAMBAL TAHUN



Kali pertama makan Sambal Tahun adalah semasa di tempat kerja. Memandang di tempat kerjaku ramai di kalangan pekerja adalah dari keturunan Jawa, ini satu advantage buatku yang sememangnya menggunakan peluang ini untuk menambah hasil koleksi resipi. Menurut rakanku juadah ini dinamakan sambal tahun bersesuaian dengan cara masakan dolu-dolu...dimana sambal ini boleh tahan lama kerana sentiasa dipanaskan atas api (bara api) agaknya, orang dulu-dulu masak menggunakan kayu api. Kali pertama makan aku terus jatuh cinta dengan hidangan istimewa ini. Aku akan pastikan ia menjadi juadah wajib pada setiap hari raya untuk dimakan bersama nasi himpit.

Bagi yang menggemari masakan pedas penggunaan cili padi dalam sukatan resipi ini blm memadai tetapi bagi yang makan pedas sukatan tersebut sudah terlalu pedas, jadi sesuaikanlah mengikut kesukaan masing-masing. Cili padi ni pulak semakin lama akan bersebati dengan kuah dan semakin lama disimpan semakin pedas jadinya.


SAMBAL TAHUN

500 gm kulit lembu (belulang)- potong kecil dan direbus

1 mangkuk sederhana kerang rebus

10 ulas bawang merah (hiris)

6 ulas bawang putih (hiris)

Sedikit halia (hiris)

Sedikit lengkuas (hiris)

1 mangkuk cili padi

2 keping asam gelugor

1 liter santan cair

2 liter pati santan

Minyak untuk menumis

Garam


Cara :


1. Tumis sebentar cili padi hingga layu dan diangkat.
2.Tumis bahan hiris hingga wangi dan agak garing sedikit.

3.Masukkan belulang dan kerang, gaul rata.

4.Masukkan santan cair, apabila mendidih, tambah santan pekat.

5. Masukkan cili padi dan asam gelugor.

6.Renih agak lama supaya cili padi dan kuah santan sebati.

7. Rasakan garam secukupnya.

No comments: