Apa pun bukanlah fokus utama tentang sambutan maulidur rasul yang ingin diketengahkan tetapi lebih untuk memohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri dari blog. Memang terlalu lama AHOC telah bertapa & menyepikan diri.
Pertapaan yang sekian lama adalah untuk meluangkan masa bersama suami tercinta chef Ali yang menghadapi masalah kesihatan sehingga perlu menjalani bypass operation setelah mengalami masalah jantung tersumbat ( 99% block). Alhamdulillah masalah yang dihadapi sekian lama yg tidak disedari oleh sesiapa pun...berkat pertolongan Allah tidak sampai memudaratkan hubby. Walau bagaimana pun sebagai penyelesaian masalah pada 30 September 2010 hubby telah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Serdang.
Tempoh pemulihan mengambil masa yang agak panjang dan Alhamdulillah hubby berjaya melaluinya dengan semangat yang kuat dan telah pulih dan sihat berbanding sebelumnya. Dalam tempoh tersebut saya terpaksa merehatkan diri dari blog dan memberi tumpuan kepada hubby. Dan hari ini tiba-tiba terpanggil untuk menjengah blog yg sekian lama ditinggalkan. Ini merupakan langkah pertama bagi tahun 2011.
Wasallam
No comments:
Post a Comment