Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Friday, July 31, 2009

Pengenalan kepada masakan Jepun

Cuma nak kongsi sikit dengan pembaca blog ini, buku Pengenalan Kepada Masakan Jepun yang ditulis oleh Chef Ali dahpun diterbitkan pada awal bulan Julai 2009 olih UPENA (Unit Penerbiraqn Universiti - UiTM). Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkannya dari UPENA. Sekit tentang buku ini- buku ini ditulis untuk memberikan sedikit penerangan tentang masakan Jepun dari segi sejarah dan budayanya dengan resipi-resipi untuk dicuba. pendekatan buku ini adalah memberikan alternatif mengenai cara dan bahan yang digunakan. Bagi bahan yang tidak halal untuk orang Islam ditukarkan kepada bahan-bahan yang halal, sementara bagi bahan yang sukar didapati di Malaysia digantikan dengan bahan-bahan tempatan - berbagai-bagai tips disertakan bagi mempelbagaikan resipi-resipi asas yang diberikan. Selamat membaca

Tuesday, July 28, 2009

TIRAMISU
























Amboi-amboi......yang sorang nak lasagne yang sorang plak nak tiramisu. Berpakat nampak, kalu tak, tak dapat complete set. Tak berterus terang.....guna tektik saikologi ler plak. " Dah lama umi tak buat tiramisu, bestlah tiramisu". Memang ler best, lemak berkrim.

Bila dah sampaikan hajat anak teruna kenalah plak sampaikan hajat anak dara yang sorang nih. Nanti dituduh pilih kasih. Nasib baik si bongsu Udin yang tekak sentiasa berlobang tak berhajat apa-apa. Kalu tak ?...

Apa pun kalu setakat sekali-sekala apa salahnya, tapi tak boleh selalu sebab dessert ni so rich and creamy (lemak berkrim). So makan tu jangan tak ingat-ingat. Makan-makan gak, kesihatan kena jaga.

Asam Podeh versus Lemak Pucuk Labu






Ni plak lauk-pauk sesi mkn tengahari, hari minggu baru ni. Chef Ali ada class ngan bebudak e-pjj, so bini chef bergasak sakan le di dapur.

Kebetulan masa ke econsave semlm terpandangkan sayur labu. Nasib ko ler pucuk labu. Ikan pekasam beli di pekan rabu aloq stak pun ada lagi....apa lagi pasangan serasi tuh. Untuk lauknya plak, stok ikan pancing melambak dlm fridge, buat asam pedas bagus gak.

Tapi yang paling best....serai dan daun kesum yang diguna untuk masak asam pedas, dipetik terus dari garden. Jealouslah tuh

So apa lagi, layaaaaan.....

LASAGNE

































Hari ni cuti uruskan 2 anak terunaku Iqbal & Irsyad ke klinik (demam). So masa petang yang terluang menjengah ke Dapur menyampaikan hajat Irsyad nak makan lasagne. Aaait...demam-demampun tekak berselera.
Tersenyum meleretlah anak daraku skolah (sesi petang) juga anak terunaku Irsyad melihatkan hajat kesampaian. Berhajat bukan main...menu western, italianlah......kuih melayu tak pandang, banyak songeh korang. Kalu buat talam keladi, 3/4 loyang hantar pada jiran keliling sebab tak laku.

Bila makan lasagne, terkenangkan lasagne uncle Hasli masa di Sheafield UK. Apa khabar agaknya uncle Hasli di Alor Gajah. Memang lasagne uncle Hasli is the best lasagne ever.

Salam buat uncle Hasli dari bebudak sume.

Sunday, July 26, 2009

Taman Tasik Perdana











Cuti sekolah baru ni sibuk bergegas ke sana kemari sebagai panel interview bagi pengambilan jawatan PPPM. Jadi untuk menghilangkan rasa bersalah jadilah dapat bawak bebudak luangkan masa di Taman Tasik Perdana.


Bagi Ilya dan Udin memang happy sangatlah sebab banyak sangat permainan untuk bebudak. Abang-abangnya pulak berposing bagai nak rak

BERBAKTI PADA BUMI






Saat yang paling menyeronokkan adalah meluangkan masa disekeliling taman yang sekangkang kera. Sudah menjadi kemestian setiap kali pulang kerja sekurang-kurangnya mesti spend about setengah jam menjengah hasil taman.

Apabila melihat bakti yang disemai pada bumi memperlihatkan hasil tentu sesuatu yang menyeronokkan.

Inilah dia hasil bumi buat santapan.





















MAJLIS FAREWELL


Kek ni dibuat sempena meraikan majlis persaraan staff. Sebelum ni cuma hias cupcakes je. Inilah hasil hiasan fondant cake yang pertama. Apa pun yang penting ada rupa kek dan hiasannya taklah teruk sangat dan taklah juga menyakitkan mata.

Yang penting my staff really enjoy makan kek tu. Cuma tersilap tema, staff yang diraikan lelaki tetapi keknya pink gitu......kah.kah.kah

CUPCAKES





















Dalam kesibukan, baru-baru ni berkesempatan meluangkan masa membuat cupcakes untuk hadiah majlis perkahwinan di N.Sembilan. Walaupun buat dalam keadaan tergesa-gesa tapi alhamdulillah hasilnya tidaklah begitu mengecewakan. Jadilah buat tokok tambah di meja pengantin.

Lagi pun kalu lama peramkan ilmu yang ada lama-lama jadi kematu.

Inilah hasilnya setelah hampir 6 bulan meninggalkan sesi cupcakes decor.






LAWATAN KERJA KE SARAWAK

Setelah sekian lama menyepi akhirnya kena cari masa juga untuk update blog. Bukan setakat tak sempat jengah blog. Bebudak di rumah pun bebunyi uminya asyik out station. Terbaru baru balik dari Sarawak. Empat hari di Sarawak, berkesempatan melawat ke Pasar Satok mencari terubuk masin dan tak lupa ke Dayang Salha Kek Lapis hanya dengan menaiki bot (tambang 50 sen) untuk ke seberang; lebih kurang 10 min perjalanan. Menjamu mata dan tekak dengan bermacam-macam kek lapis...sisik ikan, angkasawan, cheese, durian, sembilu kasih, puncak kasih dan bermacam-macam nama kek lapis.

Yang pasti peluang untuk menjamah hidangan bumi kenyalang kesampaian hampir ke semuanya. Setibanya di kuching airport bersama geng terus menjamah laksa Sarawak. Terima kasih tidak terhingga pada En. Azman yang bersusah payah mencari segala juadah Sarawak bagi mempastikan tiada yang kempunan apabila balik ke Semenanjung nanti. Keseluruhannya boleh dikatakan memenuhi citarasa. Mee Sapi, Mee Kolok, Nasi Ayam Penyek dan Ayam Pangsoh semuanya hidangan baru bagi kami tetapi tidak mengecewakan. Bagi yang tidak menggemari masakan pedas kesemua ini adalah di antara pilihan yang terbaik.








Sebelum ke pasar Serikin singgah di Hospital Bau untuk sesi lawatan kerja. Kemudian singgah ke Serikin pasar hujung minggu. Serikin merupakan daerah luar bandar yang bersempadan dengan Indonesia. Jadi peniaga di situ banyak yang berkomunikasi dalam bahasa indonesia. Barangan yang dijual pun kebanyakan datang dari indonesia dan harganya murah gitu. Tapi walaupun gerai di situ sejauh mata memandang, tapi aku hanya mampu bertahan di suku perjalanan kerana cuaca teramat panas. Kawan-kawan semua sebok shopping, aku berpatah balik dan menunggu di kedai makan. Ini sesi survey dulu. Insyaallah bulan Oktober akan ke Sarawak lagi atas urusan kerja.Tapi sempatlah juga membeli telekung sulam pada harga yang amat murah berbanding harga di pasar bazarina Shah Alam.

On the way balik ke kuching sempat singgah pasar tamu Bau melihat hasil jualan sayur kampung yang pastinya berkali ganda murah berbanding di semenanjung.
Tak lupa juga menjengah kedai souvenir dekat waterfront. Membeli souvenir dan tabaloi untuk buah tangan.

Yang pastinya lawatan yang pertama ke Sarawak sesuatu yang amat menarik selain dari cuaca di sana yang amat terik dan memeritkan. Tak sabar untuk berkunjung ke sana semula.