Bahan :
1 pkt tepung pulut ]
1/2 caw jus pandan ] diadun menjadi doh
1 caw santan pekat ]
air secukupnya ]
2.5 lit santan pekat
1 cams halba (rendam dalam air sebentar)
2 caw gula pasir (secukup rasa)
2 helai daun pandan
1 camt garam
Cara :
1. Bulatkan adunan doh kepada bebola kecil sebesar syiling 20 sen. Tekan bebola dengan jari supaya menjadi leper sedikit.
2. Rebus bebola tepung pulut dalam air mendidih. Apabila bebola timbul dipermukaan boleh diangkat dan direndam ke dalam takungan air sejuk.
3. Masak santan pekat bersama gula pasir, halba, daun pandan dan garam. Kacau sentiasa untuk elak pati santan dari berkepala.
4. Apabila mendidih masukkan bebola tepung pulut ke dalam kuah santan. Biarkan sebentar supaya sebati.
5. Angkat dan boleh dihidangkan samada sejuk atau pun panas.
No comments:
Post a Comment