Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Tuesday, February 22, 2011

SIAKAP 3 RASA


SIAKAP 3 RASA

Bahan :

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
kunyit
garam
minyak untuk menggoreng

1/2 biji timun ]
1/2 biji carot ] dihiris kecil-kecil
1/4 biji nenas mauritius ]

5 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ] di ketuk kasar
1 inci halia ]
2 btg serai (dipotong menyerong 1 inci)
4 helai daun limau purut
2 cams jus limau nipis
2 cams pes cili
5 cams sos tomato
1 cams sos tiram
2 cams sos ikan
garam & gula secukup rasa

Cara :

1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Goreng ikan hingga garing.
3. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan.
4. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga garing. Masukkan serai dan daun limau.
5. Masukkan pes cili dan tumis hingga garing, kemudian masukkan sos tomato, sos tiram , sos ikan dan jus limau nipis.
6. Masak sehingga kuah mendidih, jika kuah terlalu pekat, cairkan dengan sedikit air.
7. Masukkan hirisan sayur-sayuran. Perisakan dengan garam dan gula.
9. Curahkan kuah ke atas ikan goreng.
10. Siap untuk dihidang.



No comments: