Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Wednesday, February 23, 2011

PANDAN CREAM CARAMEL



PANDAN CREAM CARAMEL

Bahan;

PUDING

1 lit susu UHT
6 biji kuning telur
5 gm agar-agar
2 caw air
2 cams gula pasir
1 camt esen vanila
1/4 caw jus pandan
sedikit pewarna hijau

KARAMEL

2 caw gula pasir
2 caw air


CARA:

KARAMEL

1. Panaskan gula dalam periuk pada api sederhana sehingga gula cair dan bewarna perang serta larut sepenuhnya.
2. Masukkan air dan dikacau rata. Elak memasak karamel hingga bewarna hitam kerana ini akan menghasilkan karamel yang pahit.
3. Sejukkan karamel kemudian tuang karamel ke dalam acuan puding.

PUDING

1. Masak agar-agar hingga larut dan pekat.
2. Pukul kuning telur dengan gula dan esen vanilla. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau.
3. Tuang susu ke dalam adunan telur. Pukul perlahan. Elak memukul terlalu kuat kerana ini akan menghasilkan buih.
4. Panaskan adunan susu atas api. Kacau selalu sehingga adunan panas.
5. Tapiskan adunan agar-agar ke dalam bancuhan susu, kacau rata.
6. Terus mengacau sehingga adunan mendidih. Apabila mendidih, padamkan api. Ini untuk mengelak adunan susu dari berkepala.
7. Tuang adunan susu pandan ke dalam acuan puding yang telah dimasukkan karamel.
8. Sejukkan ke dalam chiller.
9. Hias puding mengikut citarasa masing-masing dan hidangkan.

Selamat mencuba.


Tips.

Bagi yang mengambil berat tentang kesihatan boleh menggantikan susu UHT full cream kepada susu UHT rendah lemak





No comments: