Sebenarnya dah lama nak cuba buat aiskrim goreng nih..tapi baru lah nih tercapai hajatnya. Tu pun ambil version yg paling mudah iaitu guna roti. Yang version nak kena buat pastri ntah zaman bila baru tercapai hajat.
Apa pun bila dah buat sendiri...sebenarnya membuat aiskrim goreng nih memang teramatlah mudahnya....TETAPI, dlm pada mudah ada teknik yg perlu diikut baru dapat hasil yg memuaskan. Jadi saya akan cuba terangkan seberapa jelas yang mungkin supaya sesiapa yang ingin mencuba , mendapat hasil yang memuaskan.
Sebelum nih ada gak terbaca resipi aiskrim goreng nih tapi bila resepi tak jelas dan tak betul teknik tak menjadi. Nak dikatakan resipi tak juga sebab semua bahan dah siap..kita hanya menyudahkan kerja pasang siap.
Tapi sebelum tu suka juga diingatkan membuat aiskrim goreng versi yang saya tunjukkan ini akan melibatkan pembaziran reja roti yang agak banyak juga. Jadi jika bercadang untuk buat aiskrim goreng ini, perlu juga rancang untuk mengguna pakai reja roti sebaik-baiknya supaya tidak berlaku pembaziran. Antara yang boleh dicadangkan adalah menggunakan reja roti tersebut untuk membuat bread pudding, murtabak roti atau menjadikan nya sebagai bread crumbs dengan mengeringkan roti dalam oven pada suhu 50-60 degree C. Ingat tu membazir tu adalah amalan syaitan ( sesi tazkirah ler plak)
So apa lagi ...jom ler masuk dapur
AISKRIM GORENG
Bahan
1 buku roti (saya gunakan roti gardenia)
Aiskrim mengikut perisa kesukaan masing-masing.
Cara :
1. Canai ke semua roti hingga leper.
2. Scoop ais krim atas roti dan tutup dengan kepingan roti yang dicanai tadi.
3. Terap roti dengan menggunakan GELAS/MUG. Jangan gunakan acuan penerap kerana penerap yang tajam akan membuatkan kepingan roti tidak melekat sesama sendiri.
4. Masukkan roti aiskrim yang telah diterap dengan gelas ke dalam plastic dan bekas, kemudian dibekukan di dalam freezer.
Menggoreng Aiskrim Goreng.
1. Panaskan minyak secara terendam. Untuk tidak membazir saya gunakan periuk kecil.
2. Apabila minyak betul-betul panas baru dimasukkan aiskrim goreng.
3. Menggoreng aiskrim goreng mengambil masa yang amat singkat. Jadi disyorkan menggoreng satu persatu supaya hasilnya lebih menarik.
4. Dinasihatkan juga sebelum menggoreng, pastikan peralatan menggoreng dan mengetos disediakan supaya kerja-kerja menggoreng lancar. Sebarang gangguan semasa menggoreng akan mudah menyebabkan aiskrim tersebut hangus.
Selamat mencuba
1 comment:
nampak mudah...selalu beli pack yg da siap..mahal...
Post a Comment