Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Tuesday, February 22, 2011

APPLE STRUDLE










APPLE STRUDDLE

Bahan :

1 pkt filo pastry (boleh didapati di cold storage)
10 biji granny smith apple (apple hijau) - dibuang kulit dan di hiris nipis
1/2 - 1 caw gula perang
2 cams butter
1/2 cawan raisin
1/2 camt serbuk kayu manis
1 camt. lemon jus
1/2 caw butter (cairkan)
1 cams tepung jagung + 3 cams. air

Cara:

1. Panaskan 2 cams. butter dalam periuk. Masukkan apple dan gula perang kemudian digaul
rata.
2. Masukkan serbuk kayu manis, jus lemon dan raisin, gaul rata.
3. Pekatkan inti apple dengan bancuhan tepung jagung.
4. Apabila inti apple pekat dan sebati, angkat dan sejukkan.
5. Susun 4 keping filo pastri, sapukan butter cair atas setiap lapisan. Hati-hati kendali kerana
pastry terlalu nipis.
6. Sendukkan inti apple atas pastry memanjang. Gulung pastry untuk menutup inti apple.
7. Sapu butter cair di permukaan pastry dan gunting permukaan pastry.
8. Bakar apple studle di dalam oven sehingga pastry kelihatan warna kuning keemasan.
9. Keluarkan pastry dari oven dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba....

Monday, February 21, 2011

TO MY SWEET N SPECIAL YAYA - HAPPY ENGAGEMENT







MORE N MORE CUPPIES





CUPPIES - DAISY ( MAJLIS PERTUNANGAN MUSLIM)








SWEET DAISY - AGAIN PINK KARER





WHITE SAKURA FOR MY ONLY PRINCESS ON HER 10TH BDAY CELEBRATION






CUPPIES - HANTARAN PERTUNANGAN NADIA




WHITE & PINK HEART BUAT NADIA







Di antara hasil tangan 2010....dah agak lama meninggalkan hobi bermusin nih...rindu ler plak

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam....mungkin agak terlewat untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul tetapi apa pun sambutan masih dirasakan di mana-mana. Ada yang mengambil kesempatan pada hujung minggu ini untuk menyambutnya dan menjadikan salah satu aktiviti di Taman Perumahan dan sebagai salah satu aktiviti untuk mengukuhkan hubungan silaturahim, terutama di masyarakat bandar yang terlalu komited dengan urusan kerja sehingga sukar untuk meluangkan masa mengenali jiran tetangga.

Apa pun bukanlah fokus utama tentang sambutan maulidur rasul yang ingin diketengahkan tetapi lebih untuk memohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri dari blog. Memang terlalu lama AHOC telah bertapa & menyepikan diri.

Pertapaan yang sekian lama adalah untuk meluangkan masa bersama suami tercinta chef Ali yang menghadapi masalah kesihatan sehingga perlu menjalani bypass operation setelah mengalami masalah jantung tersumbat ( 99% block). Alhamdulillah masalah yang dihadapi sekian lama yg tidak disedari oleh sesiapa pun...berkat pertolongan Allah tidak sampai memudaratkan hubby. Walau bagaimana pun sebagai penyelesaian masalah pada 30 September 2010 hubby telah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Serdang.

Tempoh pemulihan mengambil masa yang agak panjang dan Alhamdulillah hubby berjaya melaluinya dengan semangat yang kuat dan telah pulih dan sihat berbanding sebelumnya. Dalam tempoh tersebut saya terpaksa merehatkan diri dari blog dan memberi tumpuan kepada hubby. Dan hari ini tiba-tiba terpanggil untuk menjengah blog yg sekian lama ditinggalkan. Ini merupakan langkah pertama bagi tahun 2011.

Wasallam

Friday, August 6, 2010

Lama tak menjengah...............

Assalamualaikum WBKT pada semua yang berkunjung ke blog ini. Maaf berbanyak lama tak menjenguh ke blog ni.....................tu lah bila tengok kat chat box tu punyalah banyak soalan-soalan yang tak terjawab. Apa-apa pun terima kasih kerana menjenguk ke blog ni. Sedikit perkhabaran bagi mereka yang ebrada di Ipoh, Insyaallah satu bengkel 'Basic Food Styling and Food Photography" akan diadakan pada 10/10/10. Untuk maklumat lanjut silalah ke MCDC Ipoh di Facebook. Bengkel ini akan mendedahkan peserta kepada teknik asas seni rias hidangan dan asas fotografi makanan yang akan dikendalikan oleh Chef Ali Mohamad Noor. Bagi yang berminat dengan seni foto makanan.............silalah melawat alimohamadnoor.blogspot.com dan jadilah ahli kepada Food Styling and Food Photography Group di Facebook.