Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Thursday, February 21, 2008

Kelas Masakan Barat - Asas




Gambar-gambar berikut adalah sekitar kelas masakan yang pertama tahun ini dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Langat pada 17hb Mac 2008 tempoh hari.
26 peserta hadir yang terdiri dari rata-ratanya kaum ibu dan seorang lelaki.

Wednesday, February 20, 2008

Makan jangan sebarang makan

Saja nak cerita sikit pasal makan. Kat Malaysia ni terdapat berbagai jenis restoran dari restoran siam, jepun, korea dan tak boleh nak kira berapa banyak pula restoran yang menawarkan masakan barat. Terlalu banyak, mungkin orang Malaysia ni bersikap terbuka mudah menerima dan mencuba sesuatu yang baru.
Masa baru-baru AEON JUSCO Bukit Tinggi Kelang dibuka saya dan isteri ke sana masa 'lunch hour' saja nak ronda-ronda sambil cari tempat untuk mamam bersama. Bukan main banyaknya tempat makan - masa tu masih baru masing-masing buatlah promosi untuk menarik pelanggan. Saya dan orang rumah memang gemar makanan Jepun, jadi adalah satu-satunya restoran Jepun kat situ, saya pun pegi lah ke sana dan tanya - Is the food Halal? Tau apa dijawab - No pork, sir. Tanya lagi. Is it Halal? Jawabnya masih 'No pork, sir. Kami kemudiannya pergilah ke Kenny Roger's Rooster - nampak ramai sangat pekerja yang berbangsa melayu yang sedang melayan tetamu. Kebetulan masa masuk tu adalah seorang budak perempuan, berbangsa cina kot - saya tanya "Makanan kat sini Halal ke? Dia tak jawab ... atau tak tahu nak jawab ... ah..ha uh..yes, yes. Mungkin tak tahu kot apa yang dimaksudkan dengan halal. Entahlah, dah nak masuk pilihanraya ke 12, ramai lagi rakyat Malaysia yang tak tau pasal konsep halal. Apa nak buat, kitalah sendiri kena jaga makan kita. Nampaknya banyak lagi kerja yang perlu dibuat nak bagi paham tentang halalan taiba.
Bercakap tentang Masakan Jepun ni dan dikaitkan pula dengan persoalan halal atau haram - INSYAALLAH buku saya yang bakal terbit nanti memberikan sedikit tentang masalah penggunaan bahan yang tidak halal dalam masakan Jepun. Bagi tuan-puan yang gemar masakan jepun dan inginkan makanan yang halal dalam buku itu nanti akan memberikan dan mengesyorkan bahan gantian yang halal. Jadi anda akan dapat masak sendiri dengan bahan-bahan yang halal.
Selain itu sekarang ni kat Malaysia di merata-rata food court terdapat ramai pekerja asing yang berwajah kemelayuan, so berhati-hati sikit. Makan jangan sebarang makan nanti takut termakan makanan yang terlarang. WALLAHU'ALAM

Tuesday, February 12, 2008

Salam pengenalan









Assalamualaikum WBKT




Muga diberkati ALLAH SWT senantiasa.




Salam perkenalan kepada semua yang melawati blog ini. Harap blog ini dapat memberikan sedikit kebaikan kepada mereka yang mempunyai minat, citarasa dan keinginan yang serupa dalam dunia masakan. Cukup lama dah teringin untuk mengujudkan blog seumpama ini, tapi bila kerja bertangguh tak menjadi. ALHAMDULILLAH tadi dapat pangilan dari 'my wife, kata dia dah ujudkan blog untuk 'ALIZA House of Cooking' (AHoC), terus aje buka dan tulis. Terimakasih 'LIZA'.




Kami sebenarnya berharap dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang masakan dengan mereka yang berminat. Di samping itu juga blog ini akan dijadikan sebagai satu cara pemberitahuan dan pengumuman dari AHoC. Untuk permulaan ini, ingin dimaklumkan bahawa sepanjang tahun 2008 ini program kursus masakan dengan Kolej Komuniti Kuala Langat akan diteruskan. Kelas pertama tahun ini akan bermula pada 17hb Februari ini dengan modul Kursus Asas Masakan Barat.




Bagi mereka yang berminat dengan pembacaan, buku pertama saya mengenai Restoran: Pengurusan Pemasaran dan Operasi, panduan untuk pengusaha restoran terbitan UPENA (Unit penerbitan Universiti, UiTM) telah diterbitkan pada Jun 2006. Berminat boleh hubungi terus ke UPENA, UiTM, SHAH ALAM.




INSYAALLAH buku bertajuk Pengenalan Kepada Masakan Jepun akan diterbitkan pada tahun ini oleh penerbit yang sama. Harap ianya akan dapat diterbitkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. Diselitkan gambar-gambar resipi yang terdapat dalam buku yang bakal diterbitkan nanti. Wassallam

Kepala Botak


Kalau cakap pasal kepala botak mesti terbayangkan wajah Mawi yang malatop. Kerana kepala botak juga bagai nak malatop dibuatnya ngan heroku yang bongsu si Udin. Nak dijadikan cerita rambutnya yang siap remos telah digondolkan baru-baru ni biar nampak kemas ke sekolah. Si abdul yang sorang ni siap protest, mengurung diri dlm rumah tak nak main ngan kekawan kerana malu kepala dah botak. Sewaktu turun dari kereta, masuk rumah bila terpandangkan kepalanya yang dah gondol dah dapat agak apa yang bakal terjadi. So tak nak rumitkan keadaan pujilah sikit "amboi hensemnya anak umi bila dah potong rambut" sekali dijwbnya " Apa ke hansem macam ni.Dah botak mana ade hensem" kebetulan plak baru beli seluar untuk bday dia yang akan disambut hari berikutnya. Pujuklah suruh pakai seluar. Sambil mencuba mulut siap mengomel "kalau dah botak pakai cantik cam mana pun tak kan lawa" mak aii.Monday baru ni protest tak gi skolah plak malu kekawan tengok kepala botak. Baru 6 tahun dah sakan pandai nak melawa konon. Kalau disikatkan rambut siap adjust sebab umi sikat tak lawa.In the end berjaya gaklah memujuk. Tapi today pergi skolah mintak pakai songkok. Udin...udin


MURID KOLEJ KOMUNITI


Sesi bersama memurid dalam kelas pastri. Tekun betul memurid dan mendengar kata. Sesekali riuh rendah bila part hands-on. Macam-macam gelagat boleh tengok...almaklumlah sesama kaum ibu dan ada yang dah bakal-bakal nanny. Tengah test skill masing-masing leh tu.

TRIFLE


Complimentary item dr Aliza House of Cooking for students sesi 2007. Trifle, buat pulak bulan puasa....dugaan betul. Amik pandang dan bau jer lah. So frutie n yummy.....lemak berkrim tambah plak hiris badam yang crispy ....



FRUIT TARTLET LAGI














MORE FRUIT TARTLET

Sedap dipandang cantik dihidang and of course.......seeeeedap





FRUIT TARTLET

FRUIT TARTLET
Salah satu projek cooking class bersama Kolej Komuniti tahun 2007. Dessert Favourite anak-anakku. The creamy n rich filling ( cream cheese ) and the colorfull decor ngan pastry so fragile terus cair dalam mulut....hmm, so yummy. My only daughter siap pesan birthday 2008 ni mesti buat utk dia.

Pembantu Rumah

Hari ini telah 25 hari aku melalui hari tanpa bibik. Segala urusan rumah tangga perlu dipikul semula setelah sekian lama melauinya secara part time. Huh! penatnya terutama bagi ibu bekerja. Anak-anak pula 5 abdul dan hanya satu jer sekuntum bunga China. Dugaaaaaan. Tapi so far so good. Boleh tahan lagi.
Dugaan paling besar melayan kerenah udin sikecik 6 tahun yg sebelum ni so attach ngan bibik. Terkedu gak nengokkan keadaan udin 'kehilangan' bbiknya. Lebih teruk dari org putus cinta.

Walau bagaimana pun cooking class dgn kerjasama Kolej Komuniti insyaallah akan diteruskan spt biasa. Bagi yang baru mengenali Aliza House of Cooking insyaallah menerusi blog yang baru dilancarkan nih bolehlah kita share cita pasal ....... of course cooking leh apa lagi. Insyaallah kita boleh ler share cita pasal masak-masak. My hubby pun ada byk benda yg blh share, As a senior lecturer di Hotel Catering (Chef Training) blh ler contribute ilmu yang ada.

Sebagai permulaan ini jer yang boleh dicitakan. Lain kali boleh chating panjang-panjang.