Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Sunday, July 6, 2008

COOKING CLASS - CHOCOLATE MOULDING BAHAGIAN 2

Hari ini ada sesi kelas masakan chocolate moulding bahagian 2. Pukul 4.30pg aku dah bangun siapkan hidangan high tea untuk peserta kelas masakan. Selain tu menguruskan urusan rumahtangga yang tak pernah selesai. Dalam pukul 6.00 lebih hubby ku tiba-tiba terpacul di dapur dengan menggigil, rupanya demam.

Jadi kelas hari ni dikendalikan oleh aku sendirian. Apa lagi 2 anak terunaku kenalah sesi kerahan tenaga. Bukannya mendera tetapi melatih dia orang supaya belajar hal urusan rumah tangga supaya bila dah bekeluarga nanti dapat dimanafaatkan.....aisyeh wah. Lagi pun aku yang dikelilingi oleh 5 abdul dan sekuntum bunga cina sememangnya tiada pilihan.

Memandangkan hari ini sendirian tak sempat berkongsi gambar kelas chocolate molding. Tengoklah kalau rajin atau berkesempatan kenalah rewind balik (lakon baliklah)

Half way class tetiba chef Ali terpacul, agaknya dah segarlah tu, tapi masih nampak week. Kelas kali ini aku tertarik melihat gelagat 2 pelajarku yang telah mengikuti sesi kelas chocolate molding 1. Kedua pelajar ini terlalu ghairah dan seronok bercerita tentang perniagaan homemade chocolate molding yang telah diusahakan sebaik sahaja mendapat ilmu dari kelas pertama dulu. Memandangkan ianya benda yang baru pada penduduk di sekitar Kuala Langat dan khususnya di kawasan kediaman mereka, chocolate yang dihasilkan mendapat permintaan yang tinggi kerana dilihat sebagai sesuatu hasil yang begitu istimewa dan mengagumkan dan masing-masing risau takut tak menang tangan dengan tempahan-tempahan. Aku turut tumpang gembira di atas kejayaan mereka tu. Paling menggembirakan tempahan chocolate untuk majlis perkahwinan dan hari raya telah pun mula diterima. Nampaknya mereka amat bersungguh dalam perniagaan baru ini.

Aku selaku cikgunya turut membantu mendapatkan mould chocolate jenis heavy duty yang lebih sesuai untuk komersial, chocolate warmer serta bahan-bahan lain seperti chocolate block, bahan-bahan packaging memandangkan mereka belum pandai nak dapatkan barang tu di mana. Sambil tu info tentang pusat atau kedai yang menjual barangan tersebut telah pun dimaklumkan kepada mereka cuma buat masa ni belum sempat menjengah ke tempat-tempat berkenaan.

Sempat juga mereka membawa sampel chocolate molding yang telah terhasil. Nampaknya ilmu yang diperolehi benar-benar telah dimenafaatkan. Aku sebagai cikgu yang mengajar tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kejayaan anak muridku....insyaallah.

Yang sempat ditepek di sini ialah juadah high-tea yang disediakan kepada peserta kursus. Tu pun ambil selepas peserta kursus beredar.























Dalam keadaan tak sihat hubby sempat masuk dapur siapkan hidangan untuk makan tengahari. Thank you very much my dear. Inilah juadah hidangan makan tengahari, hari ni.
















Inilah hidangan lunch - daging masak merah, steam kerapu with plum sauce & lime serta boncis tumis.


Sunday, June 29, 2008

CUPSCAKES

Friday baru ni siapkan tempahan cupcakes untuk majlis pertunangan di Negeri Sembilan. Balik kerja ptg friday terus bergegas siapkan cupcakes dan malam sesi dekor.







Lepas tu saja gatal tangan main-main dengan sugar paste. Bukan apa terlanjur dah ada baki cupcakes saja jer melepaskan geram.




















Memenafaatkan lebihan bunga untuk membentuk dekor yang berbeza































Yellow sugar rose dengan perisa lemon.



















Sunday, June 22, 2008

Home Director Project.

Hari ni tak der cooking class. So time utk relax...ye ke relax. Sebenarnya lagi busy bcos today pangkat ckit naik, jadi home director. So bg kaum ibu mesti agree, home director punya tugas never ending. So hari ni projek kemas kain baju. Lepas tu siap lunch, anak kat asrama plak balik. Kebetulan tadi jiran sebelah rumah bagi pucuk ubi. Jadi apa ye penangan untuk lunch. Nak tau jom masuk dapur.

Dah jemu tak tau nak masak ape. So apa kata buat rendang daging, pucuk ubi tu tadi dah boleh jadi dua lauk..So inilah lauk utk lunch hari ni. Okay lah tu.


Rendang Daging


Kudup Pucuk Ubi Tumis Oyster & Udang

Kali pertama hubby masak aku pandang acuh tak acuh jer, maklumlah slalu pucuk ubi, aku tau samada rebus, masak rendang atau lemak kuning jer. Bila tengok dia makan teringin plak so cuitlah ckit, bila makan...mak oooi sedapnya rasa lemak-lemak gitu...memang sedap.

Sambal Belacan Tomato & Bawang Besar

Petua orang tua-tua, supaya pucuk ubi celur, sedap, masukkan sedikit minyak goreng ikan masin ke dalam air rebusan. Tu pasal pucuk ubi dalam gambar ni nampak berkilat.

Dessertnya plak...mak aai, Italian dessert, Tiramisu...class gitu. Dessert kegemaran anak-anakku dan umi dia gaklah

Friday, June 13, 2008

WHIPPED CREAM

Atas permintaan kakyu kita yang tengah berkobar-kobar di sini diciterkan sikit cara membuat whipped cream. Nak cerita dalam c.box tingkap kecik sangat tak muat kepala.

Baru malam tadi serve pada tetamu,member hubby 3 orang kira-kira member k.liza masa student dulu gaklah(lecturer culinary dari UiTM Terengganu). Kakyu ni macam tau-tau jer.

Bahan-bahan:

1 kotak whipped cream (nak sedap beli perisa coklat)

* Whipped cream dalam kotak ni tekturnya lebih kurang susu uht pekat sikit tapi masih dalam bentuk liquid.

Bagaimana nak dapatkan tektur kental ?

Untuk mudah dan cepat menghasilkan whip cream yang kental, pastikan bahan (whipped cream) dan mangkuk yang digunakan sejuk.
Untuk lebih cepat, rendam mangkuk berisi whipped cream dalam takungan air batu + air.
Putar pada kelajuan tinggi sehingga mencapai tektur seperti meringue atau kadang-kadang dikatakan bertanduk...kentallah tu.
Apabila telah kental berhenti memutar, jangan terover. Terlebih memutar akan menyebabkan whipped cream split. Maknanya tak boleh digunakan lagi.

Dan sedikit tips untuk mengisi filling cream puff (profiterole) supaya tak comot dan memudahkan kerja :

Gunakan noozle star kecil, cucuk noozle dalam c.puff dan paip cream hingga padat. Dengan kaedah ini tak perlu potong cream puff dan kemudian sandwich...kerja leceh dan kurang cantik.

Cream puff yang telah diisi filling boleh disimpan beku dalam freezer. Boleh jadi koleksi makanan frozen. Keluarkan 1/2 jam sebelum dihidang.

Sekian terima kasih...

Wednesday, June 11, 2008

SOTONG KEMBANG SESAME & OYSTER SOS


Bahan :

4 ekor sotong kembang + janggut (potong pada bite size)

5 ulas bawang putih (diketuk)

1 inci halia (diketuk)

10 tangkai cili kering ( gunting anggaran 3/4 inci )

2 cams. sos nampla

1 senduk sos oyster

2 cams tepung jagung (bancuh dgn 1 cawan air)

1 senduk minyak masak

2 cams. minyak bijan

Garam


Cara :


1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan. Tumis bawang putih dan halia hingga hampir garing, masukkan cili kering. Terus menumis hingga cili kering garing.
2. Masukkan Oyster sos, kacau sebentar kemudian masukkan sotong kembang.
3. Masak seketika untuk mengecut dan melembutkan sotong.
4. Masukkan sos nampla dan gaul rata. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
5. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat.
6.Akhir sekali perasakan dengan garam.


KELAS CHOCOLATE MOULDING/HOMEMADE CHOCOLATE

Atas permintaan, pada 8 Jun baru-baru ini telah diadakan kelas demontrasi membuat chocolate moulding/homemade chocolate.


Salah seorang peserta begitu tekun melihat chef ali membuat demonstrasi

Di antara peserta-peserta yang mengikuti kelas.


Chocolate yang diisi dengan filling, orange dan mint flavor.




Di antara chocolate moulding yang diajar, teknik membuat corak marble.








Mempelajari teknik membuat kepingan chocolate decor.




Mempelbagaikan homemade chocolate dengan menggunakan mould yang berbeza.

Peserta juga diajar cara bagaimana mempelbagaikan chocolate selain dari teknik moulding. Antaranya diajar cara bagaimana membuat truffles dan petit four. Selain itu membuat decor dari cooking chocolate secara teknik piping bebas (freehand) di atas kertas minyak untuk membentuk lakaran juga ditunjukkan.