Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Tuesday, March 22, 2011

TEMBIKAI LYCHEE

TEMBIKAI LYCHEE

1/2 biji tembikai merah saiz sederhana ( ambil isi sahaja)
1/2 cup sirap kencana
2 cams perahan limau nipis
1 tin lychee
1 cawan air sejuk dari petiais
ice cubes

Cara :

1. Blend tembikai bersama sirap dan perahan limau nipis.
2. Masukkan ke dalam jug. Campur lychee bersama sirap dan gaul rata.
3. Tambahkan air sejuk dan kacau.
4. Hidang bersama ice cube.

ROJAK BUAH



ROJAK BUAH

Sengkuang ]
Timun ]
Jambu Batu ] dipotong kecil
Nenas ]
Mangga Muda ]


Kuah Rojak

Bahan

2 kg gula pasir
1/2 btl (besar) kicap masin
1 btl petis
2 cawam towchoo manis
2 cawan cili boh
20 tangkai cili padi mesin
1 cams pes asam jawa

Kacang tanah ( disangai dan ditumbuk kasar)
Bijan ( disangai)

Cara :

1. Campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut. Terus memasak dengan api perlahan hingga kuah pekat.
3. Hati-hati kerana kuah terlalu panas.
4. Sejukkan.

Menghidangkan rojak.

1. Gaul buah-buahan yang dipotong.
2. Tuangkan kuah rojak.
3. taburkan dengan kacang tanah dan bijan.


Monday, March 21, 2011

KARI SOTONG


KARI SOTONG

Bahan

12 ekor sotong putih (dibersihkan kemudian sumbatkan semula janggut ke dalam sotong)
3 cams serbuk kari daging (bancuh dengan air untuk jadikan pes kari)
4 ulas bawang merah ] dihiris
3 ulas bawang putih ]
2 tangkai daun kari
1 cams halba campur
2 biji tomato (potong wedges)
1 cawan air
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara :

1. Tumis bawang, halba dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes kari dan tumis hingga kari garing.
2. Masukkan sotong, gaul perlahan-lahan supaya sotong bergaul rata dengan rempah.
3. Masukkan air dan masak hingga menggelegak.
4. Tambahkan tomato. Masak sebentar. Perasakan dengan garam secukupnya.
5. Siap untuk dihidangkan.



AIS KRIM GORENG


Sebenarnya dah lama nak cuba buat aiskrim goreng nih..tapi baru lah nih tercapai hajatnya. Tu pun ambil version yg paling mudah iaitu guna roti. Yang version nak kena buat pastri ntah zaman bila baru tercapai hajat.

Apa pun bila dah buat sendiri...sebenarnya membuat aiskrim goreng nih memang teramatlah mudahnya....TETAPI, dlm pada mudah ada teknik yg perlu diikut baru dapat hasil yg memuaskan. Jadi saya akan cuba terangkan seberapa jelas yang mungkin supaya sesiapa yang ingin mencuba , mendapat hasil yang memuaskan.

Sebelum nih ada gak terbaca resipi aiskrim goreng nih tapi bila resepi tak jelas dan tak betul teknik tak menjadi. Nak dikatakan resipi tak juga sebab semua bahan dah siap..kita hanya menyudahkan kerja pasang siap.

Tapi sebelum tu suka juga diingatkan membuat aiskrim goreng versi yang saya tunjukkan ini akan melibatkan pembaziran reja roti yang agak banyak juga. Jadi jika bercadang untuk buat aiskrim goreng ini, perlu juga rancang untuk mengguna pakai reja roti sebaik-baiknya supaya tidak berlaku pembaziran. Antara yang boleh dicadangkan adalah menggunakan reja roti tersebut untuk membuat bread pudding, murtabak roti atau menjadikan nya sebagai bread crumbs dengan mengeringkan roti dalam oven pada suhu 50-60 degree C. Ingat tu membazir tu adalah amalan syaitan ( sesi tazkirah ler plak)

So apa lagi ...jom ler masuk dapur

AISKRIM GORENG

Bahan

1 buku roti (saya gunakan roti gardenia)
Aiskrim mengikut perisa kesukaan masing-masing.

Cara :

1. Canai ke semua roti hingga leper.
2. Scoop ais krim atas roti dan tutup dengan kepingan roti yang dicanai tadi.
3. Terap roti dengan menggunakan GELAS/MUG. Jangan gunakan acuan penerap kerana penerap yang tajam akan membuatkan kepingan roti tidak melekat sesama sendiri.
4. Masukkan roti aiskrim yang telah diterap dengan gelas ke dalam plastic dan bekas, kemudian dibekukan di dalam freezer.

Menggoreng Aiskrim Goreng.

1. Panaskan minyak secara terendam. Untuk tidak membazir saya gunakan periuk kecil.
2. Apabila minyak betul-betul panas baru dimasukkan aiskrim goreng.
3. Menggoreng aiskrim goreng mengambil masa yang amat singkat. Jadi disyorkan menggoreng satu persatu supaya hasilnya lebih menarik.
4. Dinasihatkan juga sebelum menggoreng, pastikan peralatan menggoreng dan mengetos disediakan supaya kerja-kerja menggoreng lancar. Sebarang gangguan semasa menggoreng akan mudah menyebabkan aiskrim tersebut hangus.

Selamat mencuba





JELLY KELAPA


Jelly Kelapa..antara desert kesukaan anak daraku Ilya. Kalu dpt jelly kelapa sengih nyer sampai ke telinga...sekali adap boleh 4 cup tuh...isy..isy..isy.

Juga merupakan dessert yg aku suka..sebabnya mudah disediakan terutama apabila bakal dikunjungi tetamu yg suka bg short notice. Al maklum ler skang nih dah ada serbuk segera jelly kelapa. so ikut jer arahan pada bungkusan. Tapi as usual aku nih antara yg suka lawan arahan to guru....so biasa ler tak ikutnya resipi pd bungkus..ikut sesedap rasa sendiri. Tapi untuk jelly kelapa nih ubah suainya hanya pada sukatan air jer.

JELLY KELAPA

Bahan :

1 bungkus serbuk jelly kelapa (pre-mix) (225 gm)
2 biji kelapa muda (diambil air dan diasingkan isinya)
air ( campur dengan sukatan air kelapa untuk dijadikan sukatan 4 lit)-
arahan pd bungkus 3 liter, so ni kes anak murid dah lawan tok guru
200 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara ;

1. Hiris halus isi kelapa.
2. Masak air + air kelapa bersama gula halus dan daun pandan hingga mengelegak.
3. Masukkan serbuk jelly kelapa dan kacau rata hingga larut.
4. Masukkan isi kelapa dan padamkan api.
5. Tuang jelly kelapa ke dalam acuan jelly.
6. Dengan menggunakan penyepit, agih rata isi kelapa.
7. Sejukkan jelly ke dalam chiller.



Note :

Bagi yang ada pokok kelapa sendiri boleh gunakan lebih air kelapa supaya lebih umph.

KERABU MANGGA

Turun kereta terus jengah pokok mangga depan rumah. Dalam 1 bulan lagi dapatlah merasa hasil agaknya sebab putik dah kelihatan. Tetiba teringat ler plak pada kerabu mangga yang memang menjadi salah satu MENU wajib di kebanyakan gerai/restauran tomyam.

Kecur liur dibuatnya..nasib baik dah lepas sesi ngidam-mengidam. So meh ler kita layan resepi kerabu mangga.

KERABU MANGGA

Bahan :

A.
3 biji mangga muda / mengkal (diparut halus).
2 tangkai kacang panjang ( potong pendek)
6 tangkai cili padi (bagi yang suka pedas boleh lebihkan) - dihiris
4 ulas bawang merah ( dihiris)
1 cams udang kering ( disangai dan di mesin halus)
3 cams kacang tanah ( disangai, buang kulit dan ditumbuk kasar)


Sos :

1 cams Fish Sos ( nampla )
1 cams jus limau nipis
gula dan garam secukupnya

Cara

1. Gaul kesemua bahan A.
2. Tambah kan sos dan gaul rata.
3. Sedia untuk dihidangkan.

Tips

Memandangkan kerabu mangga tergolong dalam kategori RTE (ready to eat food) maksudnya tiada melalui proses memasak, jadi perlu beri perhatian pada amalan kebersihan diri dan pengendalian. Kerabu yang siap hendaklah disimpan pada suhu chill sehingga tiba waktu untuk dihidangkan bagi mengelakkan kontaminasi biological.

PUDING ROTI & SOS KASTAD




Sebenarnya terbuat bread pudding nih. Bunyi macam pelik tapi itulah yg sebenarnya. Maksudnya memang tak plan nak buat benda alah nih tapi disebabkan tak nak membazir dan mensia-siakan rezki yang diberi Allah maka 'terjadilah' bread pudding ini. Kan membazir tuh amalan syaitan.

Yang sebenarnya hari nih busy ngan project aiskrim goreng. So reja roti tak nyampai hati ler plak nak buang..bukan ckit, banyak plak tuh. Maka ngan itu terjadilah bread pudding nih. Sebenarnya kalu nak ikut hampir banyak bahagian kulit yang digunakan sebab bahagian tengah dah melopong jadi ais krim goreng.

PUDING ROTI & SOS KASTAD

Bahan :

A.
8 keping roti ( dikoyak kecil)
500 ml susu UHT

B.
2 biji telur ]
4 cams brown sugar ]
1 cams tepung jagung ] dipukul hingga sebati
2 cams butter cair ]
1 camt esen vanila ]

2 cams kismis hitam

SOS KASTAD

Bahan :

1 tin susu cair
1 cams tepung kastad
2 cams gula pasir
1 camt esen vanila

Hiasan :

Fruit Cocktail ( tin )

Cara :

Puding Roti

1. Rendam roti bersama susu UHT selama 20 minit.
2.Campurkan bahan B dan gaul rata. Tambahkan kismis hitam.
3. Sapukan loyang pembakar dengan butter. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180 degree C selama 40 minit atau sehingga adunan masak.
4. Sejukkan adunan supaya mudah untuk dipotong.

Sos Kastad

1. Campurkan kesemua bahan kuah kastad.
2. Masak atas api perlahan sehingga kuah pekat.

Hidang puding roti bersama sos kastad dan hiaskan dengan fruit cocktail.