Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Monday, April 18, 2011

BUBUR SOM SOM




Dah berapa hari ni tenggelam punca memikirkan MENU yang sesuai buat hubby. Dah 3 hari tak sihat. Berpunca dari diarheoa dan vomitting membawa sampai high fever, Dah 3 hari cuba memujuk hubby makan tapi baru masuk sesuap dah ditolak makanan ketepi.


Tak leh jadi kalu berterusan alamat berterusan jugalah ubat 3 serangkai termiss...diabetese, hypertension n jantung...bahaya tuh. Poridge tak jalan, herbal soup pun tak jalan. Ni cuba plak dessert manis kot mau tekaknya layaaan.


Sejujur-jujurnya inilah julung-julung kali aku buat bubur som-som ni. Sebelum nih makan yg ready made. Tapi percubaan pertama nih not bad...kira jadi lah tu.


BUBUR SOM SOM


Bahan :


150 gm tepung beras

50 gm tepung jagung

2 liter santan ( dari 1 1/2 biji kelapa )

200 ml jus pandan

1 camt garam

Sedikit pewarna hijau


Cara :


1. Bancuh tepung dengan santan sedikit-sedikit hingga sebati.

2. Tambahkan jus padan, garam dan pewarna hijau gaul hingga sebati.

3. Masak bancuhan dengan api sederhana sehingga pekat, berkilat dan adunan mengeluarkan gelembung (bubbles).

4. Angkat adunan dari api dan tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan.


Menghidang :


Keluarkan bubur som-som dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuang sedikit air gula melaka. Bubur som-som siap untuk dihidang.


Air Gula Melaka :


2 ketul gula melaka

3 gelas air

1 helai daun pandan


Cara :


1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan.

2. Matikan api apabila gula telah benar-benar larut.

3. Tapis dan sejukkan air gula.


KANGKUNG TUMIS UDANG KERING




KANGKUNG TUMIS UDANG KERING


Bahan :


1 ikat kangkung ( potong 2 inci )

1 cams udang kering (direndam ) ]

6 biji cili padi ] ditumbuk kasar

4 ulas bawang putih ]

1 cams fish sauce (nampla)

garam secukup rasa

minyak untuk menumis


Cara :


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi.

2. Masukkan bahagian batang kangkung dahulu, apabila layu baru masukkan bahagian daun.

3. Renjiskan sos nampla. Perasakan dengan garam secukupnya.

4. Siap untuk dihidangkan.


AYAM SOP BEREMPAH




AYAM SOP BEREMPAH


Bahan :


500 gm ayam (potong kecil)

2 biji kentang ( potong kiub )

1/2 btg carot potong memanjang 1 inci

8 ulas bawang merah ( dihiris dan dijadikan bawang goreng)



Bahan tumis :

4 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

2 inci halia ( ketuk kasar )

4 biji buah pelaga

3 biji bunga lawang

2 batang kayu manis

3 cams serbuk ketumbar

1 cams serbuk jintan manis

1 camt serbuk lada hitam

2 helai daun bay

2 liter air


Roux untuk pemekat sop:


1 cams butter

1 cams tepung gandum


Cairkan butter, masukkan tepung gandum dan dikacau hingga menjadi pes.



Cara :


1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, daun bay, pelaga, bunga lawang dan kayu manis.

2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan lada hitam, gaul rata dan masukkan ayam dan kentang. Kemudian tambah air.

3. Apabila sup mendidih tambahkan carot.

4. Campurkan roux dengan 4 senduk sup yang mendidih dan kacau hingga sebati.

5. Masukkan bancuhan roux ke dalam kuah sup untuk memekatkan sop.

6. Sebelum matikan api, taburkan bawang goreng.


Selamat mencuba!!


URAP PEGAGA




URAP PEGAGA


I ikat pegaga (dibersihkan dan dihiris halus)

7 biji cili padi ]

1 biji cili merah ]

3 ulas bawang merah ] ditumbuk hingga halus

1 cams udang kering ]

1/2 camt garam halus ]

1/2 cawan kelapa parut

1 camt jus limau nipis


Cara :


1. Gaulkan bahan tumbuk bersama kelapa parut hingga sebati.

2. Masukkan pegaga ke dalam mangkuk. Gaulkan dengan bahan tumbuk hingga sekata.

3. Masukkan jus limau nipis dan digaul lagi.

4. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!


TIPS

Hidangan urap adalah merupakan jenis hidangan RTE (ready to eat). Oleh itu perlu berhati-hati ketika menyediakannya. Memandangkan hidangan ini tidak melibatkan proses memasak, kebersihan pengendali, peralatan dan bahan mentah perlu diutamakan.

SIPUT SEDUT LEMAK BATANG KELADI





Pernah satu masa dulu ketika berbuka puasa tetiba mendapat panggilan talipon dengan suara yang penuh musykil bertanyakan kenapa siput sedut yang dimasak tak dapat disedut keluar isinya.


Apabila menerima soalan yang sedemikian terus spontan aku bertanya muncung siput dah dicantas ke belum ? " Oh nak kena cantas dulu ker manalah tau. Habis tuh nak buat camner". Sememang tiada cara lain kecuali keluarkan semula dari kuah dan dicantas.


SIPUT SEDUT LEMAK BATANG KELADI


Bahan :


1 kg siput sedut (dibersihkan dan dicantas bahagian muncungnya)

1 liter pati santan

1/2 liter santan cair (kemancar)

10 biji cili padi ]

1 biji cili masak ] ditumbuk hingga lumat

2 inci kunyit hidup ]

10 btg batang keladi (raut kulit luar potong 2 inci panjang dan rebus hingga lembut )

1 kpg asam gelugur

2 btg serai (diketuk)

1 helai daun kunyit dicarik)

garam secukupnya


Cara:

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali batang keladi, masak hingga mendidih. Kacau selalu untuk elak santan berkepala.

2. Masukkan batang keladi, kacau rata.

3. Perasakan garam secukupnya


Selamat mencuba!!

Sunday, April 10, 2011

TAPAI BANDUNG




Dah lama gak tak minum Tapai Bandung nih. Kali pertama diperkenalkan ngan air tapai nih adalah semasa sesi meraikan menantu dr Perak. Saper lagi akulah menantu itu...arwah baba beria-ria mempromosikan air tapai bandung suruh aku cuba. Lambat aku respon, bukan sebab tak suka tapi malu-malu kucing konon, maklumlah baru menyertai kuarga suamiku. Segala mcm perasaan ada...malu, segan, takut...segalanya kena control. Macam org tak der hidung, gabra semcm.

Tambahan plak berhadapan ngan satu situasi yg amat berbeza, dr kuarga kecil tetiba dikelilingi sedara mara yg ramai, ngan suasana riuh rendah sentiasa penuh ngan senda gurau dan ketawa. Mentuaku walau tak kaya harta tapi kaya zuriat. Semmgnya pd awalnya agak kekok dan terperanjat ngan suasana baru nih. Tak kurang gak cemburu kerana aku tak berpeluang menikmatinya seblm ini. Kuarga ku yg kecil dan bil ahli kuarga semakin menyusut apabila kakak dan adikku sambung belajar di boarding school tinggallah aku ngan adik hari2 saling memandang muka kami berdua.


Wah kerana air tapai bandung nih membawa aku melarat ke kisah silam.


TAPAI BANDUNG


Bahan:


2 cawan tapai pulut

1 liter pati santan

1 liter santan cair

Pewarna merah

Sirap secukupnya

Ais kiub


Cara :


1. Satukan semua bahan dalam jag.

2. Gaul rata.

3. Hidangkan bersama ais kiub.



Selamat mencuba ! !



KEK CHOCOLATE MICROWAVE



KEK CHOCOLATE MICROWAVE


Bahan :


A


2 cawan tepung gandum ]

1 camt baking powder ] diayak bersama

1 camt soda bikarbonate ]


B

1 tin (505 gm) creamer pekat manis 1 cawan serbuk coklat 1 cawan gula castor 1 cawan minyak jagung 1 camt serbuk nescafe 1 cawan air panas C 3 biji telor ( dipukul hingga kembang) Cara : 1. Masukkan bahan B dalam blender dan putar hingga sebati. 2. Masukkan 1/3 adunan yang telah diblend dan kaup balik berselang seli dengan tepung dan telur. 3. Apabila sebati, tuangkan baki adunan blend dan kaup balik supaya adunan sebati. 4. Sapu bekas plastik disposable tahan microwave dengan sedikit minyak jagung. 5. Masuk 1/3 adunan ke dalam bekas dan bakar pada suhu high di antara 4 - 6 minit bergantung pada saiz bekas yang digunakan. 6. Keluarkan kek dari oven, hias dengan chocolate topping dan tabur chocolate ice di atasnya. Menyediakan Chocolate Topping: 1. Cairkan 250 gm cooking chocolate di dalam microwave selama 2-3 minit. Keluarkan dari oven dan campurkan dengan 1/2 cawan susu cair evaporated. Walau bagaimana pun masukkan sedikit sedikit sehingga mendapat tekstur yang diingini.

POPIA ROLL NESTUM



POPIA ROLLED NESTUM


Bahan :


1 pkt kulit popia (40 kpg)

1 biji putih telur

minyak untuk menggoreng


Bahan Saduran :


1 cawan nestum (kisar halus ) ]

1/2 cawan susu tepung ] digaul bersama

3/4 cawan gula pasir ( kisar halus ) ]




Cara :


1. Potong kulit popia pada 6 bahagian.

2. Gulung setiap lepingan kulit popia dan lekatkan gulungan dengan menyapu putih telur.

3. Gulung sehingga selesai.

4. Sekiranya gulungan terlalu panjang, gunting 2 gulungan tersebut.

5. Goreng gulungan popia dengan api sederhana hingga kuning keemasan.





Wednesday, April 6, 2011

BLUEBERRY CHEESE TART



BLUEBERRY CHEESE TART


Bahan


Pastri


250 gm butter

120 gm gula aising

2 biji putih telur

440 gm tepung gandum

30 gm tepung custard

1 camt esen vanilla


Cream Cheese Filling


300 gm cream cheese

80 gm gula aising

1 camt jus lemon

1 camt esen vanilla

50 gm whipped cream

25 gm tepung jagung

2 biji telur gred A


Blueberry Filling



Cara :


Pastri


1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 degree Celcius.

2. Ayak tepung dan gula aising. Masukkan kesemua bahan pastri ke dalam mixer. Adun hingga adunan sebati.

3. Masukkan telur putih. Terus mengadun hingga adunan menjadi doh.

4. Kepalkan adunan doh bulat. Ratakan dalam acuan tartlet mengikut saiz pilihan. Kemaskan doh di sekeliling acuan dengan pisau/spatula. Cucuk bahagian dasar doh dengan garfu untuk mengelak pastri menggelembung ketika dibakar.

5. Bakar pastri di dalam oven selama 15 minit atau sehingga garing dan keperangan.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Seterusnya keluarkan pastri dari acuan.

7. Masukkan blueberry filling ke dalam mangkuk pastri diikuti dengan adunan cream cheese.

8. Lorekkan tiga jalur adunan purple dan seterusnya dibentukkan menjadi corak.

9. Masukkan semula ke dalam oven dan dibakar pada suhu 15 degree celcius selama lebih kurang 15 minit. Apabila masak keluarkan dari oven.


Cream Cheese Filling


1. Pukul cream cheese dan gula aising hingga berkrim.

2.Campurkan jus lemon dan esen vanilla.

3.Tambahkan telor dan pukul hingga sebati.

4. Masukkan whipped cream dan dipukul lagi.

5. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan diputar hingga sebati.

6. Asingkan 2 sudu adunan cream cheese dan diwarnakan purple. Adunan ini digunakan untuk mencorak bahagian atas tartlet.



Selamat mencuba !







Tips.


Selain itu boleh ganti dengan perisa strawberry untuk menggantikan blueberry. Untuk hiasan gunakan warna merah.


Elakkan menggunakan jem bagi mengganti filling kerana jem mengandungi kandungan air yang lebih berbanding filling. Ini akan menyebabkan tartlet berlubang di bahagian tengah apabila dibakar.

Friday, April 1, 2011

AYAM PANDAN BEREMPAH





AYAM PANDAN BEREMPAH


600 gram isi ayam bahagian dada (potong lebar)

6-8 helai daun pandan ( kerat 2 bagi setiap helai)

beberapa btg lidi

minyak untuk menggoreng


Bahan Perapan : Gaul Rata


1 cams serbuk ketumbar

1 camt. serbuk jintan manis

1 camt serbuk jintan putih

2 cams serbuk cili

1 inci kunyit hidup ]

1 inci halia ]

3 ulas bawang putih ] mesin halus

3 ulas bawang merah ]

2 btg serai ]

1 cams jus limau nipis

1 cams madu

1 cams gula

garam secukup rasa



Cara :


1. Gaul isi ayam dengan bahan perapan.

2. Rehatkan perapan selama 1/2 jam.

3. Susun beberapa kepingan isi ayam atas daun pandan. Balut dan cucuk dengan lidi untuk mengikat balutan pandan.

4. Goreng dalam minyak panas terendam sehingga potongan isi ayam masak.

5. Siap untuk dihidangkan.



Selamat mencuba !