Pertanyaan dan Tempahan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi atau SMS ke talian berikut:

Marliza: 019 274 9369

Ali: 019 664 9369 atau 011 2134 7359

Atau

email ke:

marliza_05@yahoo.com

chefalimnoor@hotmail.com

Atau

layari:

https://www.facebook.com/thecheftable

Sunday, February 27, 2011

POPIA GORENG





POPIA GORENG

Bahan :

2 pkt kulit popia ( saiz sederhana)
1 bj sengkuang (besar) ] parut
3 btg carot ]
6 ulas bawang putih ( ketuk kasar)
2 cams udang kering ( sangai dan blender kering hingga halus)
1/2 caw bawang goreng
1 camt granules bilis
1 camt lada sulah
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara :

1. Tumis bawang putih hingga garing, masukkan sengkuang dan carot. Gaul rata
2. Masukkan serbuk udang kering dan bilis granule, gaul rata.
3. Tambahkan bawang goreng dan perisakan dengan garam dan lada sulah.
4. Sejukkan inti.
5. Letak sedikit inti atas kepingan kulit popia, lipat dan gulung untuk menjadikan popia gulung. Untuk lekatkan kulit popia gunakan telur putih.
6. Apabila selesai, goreng popia dengan api perlahan sehingga kekuningan, angkat.
7. Hidangkan dengan cili sos.

Popia ini juga sesuai untuk dijadikan makanan frozen.

Selamat mencuba








PRAWN MEE


PRAWN MEE

Bahan :

3 pkt kuning (celur)
300 gm udang sederhana besar (buang kepala & bersihkan)
2 caw ikan bilis ] direbus selama 1/2 jam dan ditapis (ambil stok shj)
4 lit air ]
3 kpg fish cake ( hiris nipis)
150 gm fish ball ( potong dua )
8 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)
2 inci halia
1 senduk cili mesin
2 cams udang kering ( sangai dan mesin halus )
1 caw bawang goreng
garam secukupnya

Ramuan hidangan :

1 ikat kangkung ( potong dan celur)
300 gm taugeh ( celur sebentar sahaja)
4 bj telur rebus ( hiris nipis )
3 bj cili merah ] dihiris
8 bj cili padi ]
8 bj limau kasturi ( belah dua )
bawang goreng


Cara :

1. Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan cili mesin dan terus menumis hingga cili garing. Masukkan serbuk udang kering.
2. Masukkan udang, fish cake dan fishball kemudian tambah stok bilis.
3. Apabila mendidih masukkan bawang goreng. perasakan garam secukupnya.
4. Hidang mee dan ramuan hidangan ke dalam mangkuk, tuangkan kuah udang ke atasnya.

Selamat mencuba......


Tips

Untuk mendapat stok yang sedap dan manis, gunakan bilis yang berkualiti dan bewarna putih cerah.





Saturday, February 26, 2011

TOWFOO JEPUN + KOBIS PANJANG & MUSHROOM CHINEESE STYLE


SOFT TOWFOO + KOBIS PANJANG & MUSHROOM CHINEESE STYLE

Bahan :

1 pkt soft towfoo ( potong melintang anggaran 1/2 inci )
1/4 bhg kobis panjang ( dipotong )
100 gm cendawan
1/2 btg carot ( dihiris )
4 ulas bawang putih ( ketuk kasar)
1 camt bilis granule
2 cams minyak masak
1 cams minyak bijan
1 cams tepung jagung ( cairkan dengan 1/2 cawan air)
2 caw air
garam dan lada sulah secukupnya

Cara :

1. Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air dan bilis granule.
2. Tambah cendawan, carot dan kobis panjang. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
3. Masukkan towfoo perlahan-lahan. Berhati-hati mengacau jangan sampai towfoo hancur.
4. Perasa garam dan lada sulah.
5. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba.....




BONCIS LEMAK



BONCIS LEMAK

Bahan

15 batang boncis (dipotong 1 ")
12 ekor udang sedang (buang kepala dan bersihkan)
4 ulas bawang merah ]
10 tangkai cili padi ] ditumbuk halus
1 inci kunyit hidup ]
1 liter pati santan
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
1 batang serai (diketuk)
garam secukup rasa

Cara :

1. Satukan semua bahan kecuali boncis kedalam periuk.
2. Masak hingga santan mendidih. Kacau selalu untuk elak santan berkepala.
3. Masukkan boncis. Apabila boncis layu, perasakan dengan garam secukupnya.
4. siap untuk dihidang



Friday, February 25, 2011

DAGING DENDENG



Resepi daging dendeng ini diperolehi dari arwah sepupuku Kak Han. Kali pertama makan daging dendeng ini aku terus jatuh cinta dengan masakan ini. Sehingga hari ini resepi ini merupakan juadah wajib pada setiap aidil fitri untuk dimakan bersama-sama ketupat.

Pernah pada satu ketika semasa menyambut hari raya di rumah arwah mak itam sebelah suamiku, aku seperti biasa menyiapkan bahan-bahan untuk memasak daging dendeng. Arwah mak itam yang sememangnya amat terikat dengan resepi ibunda merasa agak pelik melihat aku menyediakan daging dendeng kerana pada dia hari raya juadah wajib adalah rendang dan kari ayam. Kebetulan ketika itu aku sedang sarat dan menunggu hari untuk melahirkan anakku yang ketiga. Alasan itu aku gunakan konon aku teringin nak makan daging dendeng. " Entahlah aku tak paham masakan budak-budak zaman sekarang. Aku tahu raya mesti ada ada rendang mesti ada kari ayam. Dah kau teringin kau buatlah zah". Aku diam malas betingkah dengan orang tua..apapun orang tua mesti dihormati.

Pada hari raya, daging dendengku menjadi salah satu juadah tempelan kepada juadah arwah mak itam. Dan amat memeranjatkan daging dendengku berjaya menarik perhatian tetamu berbanding lauk-pauk yang disediakan oleh arwah mak itam. Kemudiannya apabila menerima kunjungan tetamu yang terdiri dari sepupu2 suamiku beserta keluarga lebih kurang dlm 3 buah kereta, sekali lagi daging ini menarik perhatian tetamu. Ketika aku ke dapur untuk menambah daging dendeng dalam pinggan hidangan, tiba2 arwah mak itam dah berdiri di sebelah ku. " Zah dah lah tak yah bawak keluar lagi daging tu, mak , abah ngan abang kau belum makan lagi daging ni". Bila arwah mak itam beredar...aku tersenyum sendiri.

Apa pun aku tetap merindui masakan arwah seperti kuah ladah, kari ayam kampung dll..sememangnya air tangan mak memang best.

DAGING DENDENG

Bahan :

1 kg daging lembu
2 caw cili mesin
1 caw kicap lemak manis kipas udang
8 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] ditumbuk
1 inci halia ]
2 camt pes asam jawa
4 bj buah pelaga
3 bj bunga lawang


Cara :

1.Hiris daging sederhana tebal.
2. Rebus daging dengan sedikit air hingga warna darah hilang.
3. Tos daging dan tumbuk hingga nipis dan tekstur halus.
4. Gaul daging dengan 1/2 cawan kicap lemak manis. Rehatkan sebentar.
5. Goreng daging sehingga garing.
6. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk, buah pelaga dan bunga lawang hingga garing..
7. Masukkan cili mesin dan tumis hingga garing.
8. Masukkan 1/2 cawan kicap lemak manis dan pes asam jawa ke dalam cili dan masak hingga pecah minyak.
9. Masuk daging goreng ke dalam cili dan gaul rata. Masak sehingga kuah cili agak kering.
10. Hidangkan.

Selamat mencuba.....

Tips

- Adalah disyorkan menggunakan cili kering berbanding cili boh kerana cili boh mengandungi bahan awet yang tinggi
- Ketika mesin cili kering gunakan air rebusan daging.



SWISS ROLL WITH PANDAN CUSTARD LAYER



SWISS ROLL WITH PANDAN CUSTARD LAYER

Bahan "

1 gulung swiss roll (mengikut citarasa masing-masing) - di potong nipis lbh kurang 2cm
600 ml santan pekat
1 1/2 camt serbok jelly (tanpa perisa)
40 gm tepung custard
150 gm gula pasir
150 ml jus pandan
1 camt pewarna hijau

Cara:

1. Susun potongan swiss roll dalam loyang atau mangkuk. Pastikan susunan betul-betul rapat dan padat.
2. Campurkan tepung custard, serbok jelly dan gula pasir dalam periuk. Tuang santan sedikit-sedikit dan gaul adunan rata.
3. Tambah jus pandan dan pewarna hijau.
4. Masak adunan dengan api sederhana. Kacau selalu untuk elak adunan dari bergentel.
5. Apabila adunan pekat dan berkilat, tuang ke atas kek di dalam loyang.
6. Sejukkan custard pada suhu bilik kemudian baru disejukkan dalam chiller.
7. Potong custard dan hidangkan.

Selamat mencuba......

Terima kasih ros kerana sudi berkongsi resepi, walau bagaimana pun resepi telah diubahsuai.


Thursday, February 24, 2011

GRILLED LAMB IN OYSTER & BLACK PEPPER SAUCE



GRILLED LAMB IN OYSTER & BLACK PEPPER SAUCE

Bahan :

300 gm Lamb slice ]
1 camt Lada sulah ] Gaul dan perap selama 1/2 jam
Garam secukupnya ]

5 ulas bawang putih ] tumbuk kasar
1 inci halia ]
5 cams oyster sauce
1-2 camt lada hitam ( ditumbuk kasar)
3 camt tepung jagung ] campur bersama
1/2 cawan air ]
1 biji kapsikum hijau (potong kecil)
2 biji tomato (potong wedges)
1 caw air
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis


Cara :

1. Grill lamb sliced dalam oven atau atas kuali leper hingga masak dan garing.
2. Potong daging kepada potongan kecil (bite size), susun dalam pinggan hidangan.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan oyster sos dan lada hitam.
4. Tambah air, masak hingga kuah mendidih. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
5. Masukkan tomato. Apabila tomato layu masukkan kapsikum.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Tuang kuah oyster ke atas daging....hidangkan.

Selamat mencuba.




SPAGHETTI BOLOGNAISE



SPAGHETTI BOLOGNAISE

1 pkt spaghetti
3 cams minyak masak
1 cams garam
air untuk merebus

1 kg mince beef
1 tin tomato puri
1 tin chopped tomato
1 tin button mushroom ( hiris nipis )
3 biji tomato ( potong kiub )
2 biji bawang besar ( potong kiub )
1 cams italian seasoning
garam secukupnya


Cara :

1. Panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan minyak dan garam.
2. Masukkan spaghetti dalam periuk dan kacau. Masak sehingga spaghetti lembut.
3. Keluarkan spaghetti dan tos air.
4. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan mince beef.
5. Apabila daging masak, masukkan italian seasoning, tomato puri, chopped tomato. Masak sebentar hingga adunan sebati.
6. Masukkan tomato kiub dan cendawan butang. Kacau hingga adunan mendidih.
7. Perasakan dengan garam.
8. Masukkan spagheti dalam pinggan. Sendukkan kuah daging atas spaghetti dan hidangkan.


Selamat mencuba.....




QUICHE LORRAINE




QUICHE LORRAINE ( pronounce kish )

Bahan :

Pastry

500 gm tepung gandum
250 gm butter ( potong kiub)
1 cams serbuk badam atau bijan (optional)
4 cams susu tepung
air sejuk secukupnya (dari chiller)

Inti :

1 kg mince beef
2 bj bawang besar ( potong kiub)
1/2 tin cendawan butang (hiris halus)
2 helai bay leaf
1 camt italian seasoning
2 cams tomato puri
garam secukupnya


Krim Sos

300 ml susu UHT
100 ml whip cream (kotak)
4 biji telor
garam dan lada sulah secukupnya

Mozarella Cheese ] parut
Cheddar Cheese ]


Cara :

Pastry

1. Campurkan adunan pastry dalam mixer kecuali air. Gaul adunan dengan menggunakan dough hook. Bagi yang tiada mixer, gaul secara manual dengan teknik gaul ramas.
2. Apabila adunan pastry halus seperti serbuk roti, masukkan air sedikit-sedikit sehingga doh menjadi kental dan lembut dan mudah dikendali.

Inti

1. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan bay leaf. Masukkan mince meat dan masak hingga daging masak dan air daging kering.
2. Masukkan tomato puri, cendawan dan italian herbs. Gaul rata.
3. Perisakan dengan garam dan lada sulah.

Cream Sos

1. Campur kesemua bahan dan pukul hingga sebati.


Menyediakan Quiche

1. Canai pastri nipis, terap dengan acuan pada saiz yang diingini. Tekan kepingan pastri dalam acuan atau mangkuk aluminium disposable.
2. Cucuk bahagian tengah/dasar pastri dengan garfu. Ini adalah untuk mempastikan pastri tidak menggelembung ketika dibakar.
3. Masukkan inti daging ke dalam mangkuk pastri.
4. Tabur kedua-dua cheese ke atas inti daging.
5. Perlahan-lahan tuang cream sos ke atas inti daging; pastikan jangan sampai melimpah.
6. Bakar pastri dalam oven pada suhu 170 degree celcius sehingga garing.
7. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Thanks sis ola sudi berkongsi recipe..tapi dah alter ckit recipi ni.


Tips

1. Bagi masakan yang menggunakan oven untuk membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum digunakan.

2. Bagi masakan barat, bawang biasanya ditumis hingga layu sahaja berbanding masakan kita dimana bawang selalunya ditumis hingga garing.

3. Bagi yang tidak makan beef boleh gantikan dengan mince chicken.






Wednesday, February 23, 2011

BLUEBERRY CHEESE CAKE



BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan :

Lapisan Bawah :

8 kpg graham cracker biscuit (dihancurkan)
1/2 caw butter (dicairkan)
3 cams castor sugar

Cheesecake :

600 gm cream cheese ( pada suhu bilik)
100 gm butter
1/2 tsp esen vanila
70 gm gula castor
2 camt parutan kulit lemon
30 gm tepung jagung
2 bj telor
2 bj kuning telor
300 ml whip cream ] dicampur bersama untuk dijadikan sour cream
2 cams lemon jus ]
1/2 caw blueberry filling

60 gm gula castor
2 bj putih telor


Cara :

Lapisan Bawah

1. Gaulkan kesemua bahan sebati, tekan pada bahagian dasar loyang kek supaya rata dan padat, sejukkan sebentar ke dalam chiller.

Cheesecake :

1. Campurkan cheese, butter, vanila dan gula dalam mangkuk adunan. Putar adunan sehingga berkrim dan ringan.
2. Campurkan parutan kulit lemon, tepung jagung dan telur. Terus putar adunan sehingga sebati.
3. Gaulkan sour cream ke dalam adunan. Diamkan sebentar.
4. Sementara itu pukul putih telur dan gula kastor sehingga adunan menjadi kembang dan ringan (meringue). Adunan mencapai konsistensi yang betul apabila jika diterbalik, adunan masih kekal berada diposisi dan tidah tumpah keluar dari mangkuk.
5. Campurkan adunan meringue ke dalam adunan cream cheese dengan menggunakan kaedah kaup-balik secara perlahan-lahan. Gaul sehingga adunan meringue dan cream cheese sebati.
6. Tuang separuh adunan ke dalam loyang yang telah diratakan dengan biskut. Paip blueberry filling ke atas adunan cream cheese. lorekkan dengan lidi untuk membentuk corak.
7. Ulang prosedur di 6.
8. Balut sekeliling loyang dengan aluminium foil. Masukkan loyang ke dalam bekas takungan yang berisi air panas.
9. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 degree celcius.
10. Bakar selama 2 jam.

Selamat mencuba....


Tips

Untuk menghasilkan meringue yang ringan dan gebu, pastikan tiada sedikit pun kuning telur masuk ke dalam bancuhan dan pastikan juga mangkuk adunan dan alat pemutar yang digunakan bebas dari kesan minyak.







MEE KARI



MEE KARI

Bahan :

4 pkt mee kuning (dicelur)
300 gm daging lembu (dihiris nipis)
200 gm udang (buang kepala dan dibersihkan)
100 gm fishball
100 gm fish cake
1 pkt towfoo gabus

6 ulas bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] ditumbuk halus
1 inci halia ]
200 gm serbuk kari daging babas ( bancuh dengan air menjadi pes kari pekat )
3 bj kentang (dibuang kulit, potong 4 dan dihiris nipis-nipis)
3 bj kentang (dipotong wedges, digoreng dan dimesin halus)
2 nos kiub pati ayam
2 caw bawang goreng
1 caw pati santan
3 lit air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Hiasan/ramuan hidangan :

1 biji timun ( potong empat dan dihiris nipis
5 tangkai sawi hijau ( dipotong pendek dan dicelur)
3 caw. taugeh (dicelur)
8 bj limau kasturi ( dibelah 2 dan dibuang biji)
15 bj cili padi ( hiris nipis)
5 bj telur rebus ( potong 4 )

Cara :

1. Tumis bawang dan halia hingga garing. Masukkan rempah kari, masak hingga rempah garing.
2. Masukkan daging, udang, fishball dan fish cake, kemudian tambahkan air. Apabila daging masak tambahkan hirisan kentang.
3. Masukkan bawang goreng dan pes kentang untuk memekatkan kuah.
4. Masukkan tauhu gabus dan pati santan.
5. Perisakan dengan garam secukupnya.

Menghidang :

1. Masukkan mee yang dicelur ke dalam mangkuk.
2. Taburkan dengan bahan-bahan hiasan.
3. Hidang bersama dengan kuah kari.

Selamat mencuba....